Calon Presiden Demokrat, Hillary Clinton muncul pemenang pemilihan parti itu di South Carolina hari ini.
Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat itu menewaskan saingan rapatnya, Bernie Sanders.
Kejayaan itu sekali gus melonjakkan momentum untuk beliau lebih menyerlah menjelang hari penting "Super Tuesday" di 13 negeri minggu depan.
South Carolina adalah kemenangan ketiga buat Clinton dalam empat saingan yang secara rasminya bermula Februari lepas.
Clinton sebelum ini menang di Iowa dan Nevada tetapi tewas kepada Sanders di New Hampshire.
"Terima kasih pengundi South Carolina kerana memilih dengan bijak. Ini melambangkan kita susah senang bersama, kita sentiasa bersama seolah-olah tiada sempadan pemisah,'' kata Clinton sebaik sahaja diumumkan menang di South Carolina.
Beliau membuat ucapan kemenangan itu di hadapan ribuan penyokongnya di bandar Colombia, tenggara South Carolina.
Clinton turut menarik perhatian bahawa ada saingan yang lebih mencabar menanti selepas ini. Beliau merujuk kepada proses Super Tuesday akan akan bermula pada 1 Mac.
Berbanding di empat negeri, proses "Super Tuesday" adalah lebih sengit memandangkan calon tidak mempunyai cukup masa untuk turun padang bertemu penyokong bagi mendapatkan undi perwakilan mencukupi bagi peringkat seterusnya iaitu pemilihan parti.
"Kita sudah bersedia untuk berjuang dalam satu lagi proses yang sukar, persaingan kita akan melangkaui ke peringkat nasional selepas ini,'' ujar Clinton lagi.
Walaupun kemenangan Clinton sudah dijangkakan, ia mengimbau kekalahannya kepada calon Demokrat ketika itu, Barack Obama, kini Presiden Amerika Syarikat.
Ketika itu, Clinton tewas kepada Obama dengan undi yang agak besar sama seperti situasinya dengan Sanders sekarang.
South Carolina antara negeri penting dalam pemilihan untuk parti Demokrat, seterusnya dalam memilih calon untuk saingan ke White House hujung tahun nanti.
Analisis keputusan di South Carolina antara lain mendedahkan, sokongan pengundi kulit hitam menjadi faktor kemenangan Clinton di negeri berkenaan.
Lapan daripada sepuluh pengundi kulit hitam memilih Clinton berbanding Sanders.
Sementara itu, Sanders, seorang senator kanan dari Vermont mengakui kehebatan Clinton tetapi enggan mengalah kepada wanita berkenaan dengan mengaitkan bahawa saingan baharu sahaja bermula.
"Kempen baharu sahaja hangat. Kita menang bergaya semasa New Hampshire. Beliau menang semasa Kaukus di Iowa. Sekarang beliau menang di South Carolina, masih ada Super Tuesday, yang menjadi medan ujian sebenar kelayakan dan kehebatan sebagai calon Presiden,'' kata Sanders.
Walaupun tewas di South Carolina, Sanders mendapat sokongan Robert Reich, bekas pegawai kanan pentadbiran bekas Presiden Bill Clinton.
Antara negeri yang terlibat dalam Super Tuesday ialah Alabama, Arkansas, Colorado, Georgia, Massachusetts, Minnesota, North Carolina, Oklahoma, Tennessee, Texas, Vermont, Virginia, Wyoming dan American Samoa.
Super Tuesday akan berlaku serentak di 13 negeri berkenaan pada 1 Mac.
Agensi
Sun Feb 28 2016

South Carolina adalah kemenangan ketiga buat Clinton dalam empat saingan yang secara rasminya bermula Februari lepas. - Gambar Fail

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Kematian Jimmy Carter: Negara kehilangan pemimpin luar biasa - Biden
Sejumlah pemimpin dan bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan takziah atas kematian Bekas Presiden AS dan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Jimmy Carter pada Ahad.

Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS
Obama berkata beliau dan isteri, Michelle menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam perlumbaan presiden November ini.

Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris
Obama berkata, Biden merupakan salah seorang Presiden Amerika yang paling penting serta menjadi kawan dan rakan kongsi yang dikasihi.

Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.

Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.

Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.

Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.

Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.

Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.

Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.