JAKARTA: Kurang 10 hari lagi, hampir 205 juta pemilih indonesia dalam dan luar negara akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum atau Pemilu 2024 dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres).
Sebagai sebuah negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, lebih 200 juta pemilih tempatan dan 1.75 juta rakyatnya di luar negara layak untuk mengundi.
Menarik perhatian untuk Pemilu dan Pilpres kali ini, generasi muda berumur antara 22 dan 30 tahun akan mendominasi 56.4 peratus atau kira-kira 114 juta daripada keseluruhan pemilih Indonesia.
Apa yang menjadi tumpuan adalah komposisi setiap calon dalam membawakan agenda masing-masing bagi memenangi hati pemilih bagi tempoh lima tahun akan datang.
Secara jelas, isu-isu utama seperti ekonomi dan kos sara hidup rakyat, membanteras rasuah atau korupsi, kelangsungan kehidupan anak muda dan generasi Z, kestabilan kerajaan dan kepemimpinan, termasuk pembangunan dan kesejahteraan Indonesia - merujuk kepada isu pengangguran dan inflasi, menjadi fokus ketiga-tiga calon.
Dalam pada itu, Pemilu 2024 juga berada dalam lingkungan geopolitik yang menguji kredibiliti calon dan bakal presiden bagi mengelola dan mentadbir hubungan dengan Amerika Syarikat dan China, termasuk kuasa-kuasa besar serantau yang lain.
Komisi Pemilihan Umum (KPU) sebelum ini menetapkan Anies Baswedan - Muhaimin Iskandar, Prabowo Subianto - Gibran Rakabuming Raka dan Ganjar Pranowo - Mahfud MD sebagai tiga calon Presiden dan Naib Presiden.
Memetik dapatan hasil kaji selidik Indonesia Survey Centre (ICS) dengan pengumpulan data temu bual, calon Prabowo-Gibran masih mendahului dengan 52 peratus sebagai pilihan pengundi.
Sementara itu, Anies - Muhaimin memperoleh 21.7 peratus pilihan pengundi manakala Ganjar-Mahfud MD dengan 18.1 peratus. Baki 8.2 peratus tidak menyatakan pendirian.
Berikut merupakan tarikh penting bagi Pemilu 2024:
21 Januari - 10 Februari - Kempen Pemilu & Pilpres
5 Februari - Debat terakhir calon Presiden
10 Februari - Kempen ‘Grand Finale’ calon Presiden
11 - 13 Februari - Tempoh bertenang/Masa tenang
11 Februari - Pemugutan suara pengundi luar negara (Malaysia)
14 Februari - Hari Pemilihan/Pemungutan Suara pemilih Indonesia
14 - 15 Februari - Penjumlahan Undi dan Perhitungan Suara
Secara keseluruhan, lebih 20,000 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya perundangan Indonesia menerusi beberapa peringkat melibatkan kebangsaan, daerah (provinsi) dan kota (kabupaten)
Ikuti laporan menyeluruh Pemilu 2024 yang dibawakan di semua platform Astro AWANI bersama wartawan Essan Yahya dan Fauzi Zin yang kini berada di Jakarta, Indonesia.
Essan Yahya
Tue Feb 06 2024

Dari kiri, Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka, serta Ganjar Pranowo dan Mahfud MD selepas debat pusingan terakhir di Jakarta, Indonesia, 4 Feb 2024. (Foto AP)
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.