BERLIN: Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira, membuka laluan bagi pemimpinnya Friedrich Merz untuk menjadi canselor baharu, agensi berita Jerman (dpa) memetik laman sesawang Federal Returning Officer.

Gabungan konservatif Merz itu mendahului dengan selesa berbanding parti sayap kanan Alternatif untuk Jerman (AfD), yang melonjak ke kedudukan kedua selepas hampir menggandakan sokongan berbanding pilihan raya 2021.

Parti Demokratik Sosial (SPD) pimpinan Canselor Olaf Scholz mengalami kekalahan yang sudah lama dijangka, jatuh ke tempat ketiga.

Sementara itu, parti populis Sahra Wagenknecht Alliance (BSW) dan Parti Demokratik Bebas (FDP) gagal mencapai ambang lima peratus yang diperlukan untuk menyertai Bundestag, dewan rendah parlimen Jerman.

-- BERNAMA