KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Ryanair, Michael O'Leary dilempar kek pai berkrim oleh dua aktivis alam sekitar di luar ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU) di Brussels pada Khamis.
Memetik laporan Reuters, tindakan itu sebagai satu bantahan terhadap pelepasan karbon oleh syarikat penerbangan tersibuk Eropah itu.
Menerusi klip video yang tular di media sosial, aktivis wanita yang memakai serba hitam itu
melempar pai ke arah muka O'Leary ketika beliau ingin bergambar dengan potongan kadbod Presiden EU, Ursula von der Leyen.
Sejurus itu, seorang lagi penunjuk perasaan bertindak melempar kuih pai di bahagian belakang kepala O'Leary.
"Selamat datang ke Belgium! Dan hentikan pencemaran menggunakan penerbangan," kata aktivis tersebut sejurus menyerang O'Leary.
Identiti kedua-dua aktivis tersebut masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun, penggguna media sosial menyifatkan insiden itu rentetan daripada polisi Ryanair yang tidak memberi perhatian kepada pencemaran alam sekitar.
Ryanair ialah syarikat penerbangan terbesar di Eropah mengikut bilangan penumpang dan menerbangkan lebih 20 penumpang ketika ini berbanding sebelum wabak COVID-19.
Agensi Pengangkutan & Alam Sekitar (T&E) yang berpangkalan di Brussels menganggarkan Ryanair mengeluarkan 13.3 juta tan karbon pada 2022 sekali gus dilabelkan sebagai syarikat penerbangan di Eropah yang paling mencemarkan.
Terdahulu, O'Leary berada di Brussels untuk menyampaikan petisyen kepada von der Leyen dengan 1.5 juta tandatangan yang menuntut agar penerbangan dibenarkan melintasi ruang udara Perancis semasa serangan kawalan trafik udara di sana.
Fahmi Izuddin
Fri Sep 08 2023

Tindakan itu sebagai satu bantahan terhadap pelepasan karbon oleh syarikat penerbangan tersibuk Eropah itu. - Gambar/ REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

CEO Ryanair dilempar kek oleh aktivis alam sekitar
Tindakan itu sebagai satu bantahan terhadap pelepasan karbon oleh syarikat penerbangan tersibuk Eropah itu.

Syarikat penerbangan UK cabar arahan kuarantin, ancam tindakan undang-undang
Arahan yang berkuat kuasa pada Isnin itu akan mengakibatkan kehilangan beribu-ribu pekerjaan untuk sektor pelancongan UK, terutama ketika musim percutian pada Julai dan Ogos.