GIOVANNI Vidana (yang lebih mesra dengan nama Gio), 21 tahun, ialah warga Mexico Amerika generasi kedua yang tinggal di Houston, bandar yang mempunyai masyarakat Latin yang membentuk lebih 35 peratus daripada 5.9 juta keseluruhan penduduknya.
Selepas melihat pertikaman lidah yang meletus antara pengacara televisyen berbahasa Sepanyol, Jorge Ramos dengan Donald Trump serta komentar celupar calon itu tentang etnik Mexico, saya menjangkakan akan berdepan dengan kubu kuat penyokong setia Hillary Clinton.
Bagaimanapun, persinggahan saya di Texas menunjukkan bagaimana masyarakat Latin — dan yang lain-lain — telah terpengaruh dengan sentimen negatif media haluan kanan daripada Fox News sampailah kepada Breibart.com serta Drudge Report. Saya juga melihat perlunya mendekati masyarakat lebih 55 juta orang yang sangat pelbagai dan tiada tolok bandingnya ini dengan sangat berhati-hati.
Keluarga Gio besar, contoh unggul keluarga Mexico dan sebuah keluarga yang rapat.
Dia membawa saya berkeliling di kawasan kejiranannya dan menunjukkan yang mana satu rumah pakcik-pakcik dan makcik-makciknya, rumah datuk saudara, nenek saudara dan sepupu. Ibunya pula, Sylvia, 43 tahun menjelaskan: “Kami ini terlalu ramai sampaikan kalau buat majlis keraian tidak payah lagi jemput orang lain! Tahun lepas, kami buat satu majlis besar untuk sambutan 90 tahun nenek.”
Gio tinggal bersama ibu dan bapa tirinya di Spring Shadows, sedikit ke utara daripada Freeway 10 yang merupakan laluan utama dari Houston ke bandar San Antonio. Gio menghabiskan siangnya di kolej komuniti dan pada masa sama bekerja dengan abangnya, Josh yang mengendalikan perniagaan kecil menjual aksesori senjata api secara dalam talian.
Spring Shadows merupakan kawasan kejiranan majoriti Mexico Amerika dengan rumah-rumah setingkat yang sederhana dan mempunyai kawasan laman yang luas. Ia tidak nampak terbiar sehinggalah kita sampai ke kawasan kejiranan orang kulit putih Amerika (Hedwig Village) yang berseberangan lebuh raya.
Di situ, sekolah dan kemudahan kerajaannya lebih baik dan hampir berlebihan. Rumah-rumahnya juga lebih besar. Jalan raya dan siar kaki terselenggara baik. Namun, Gio sukakan kejiranannya. Dia mengakui tidak begitu tahu apa yang ada di luar “kepompong kecilnya” — biarpun dia sempat menghabiskan dua minggu yang membuka matanya awal tahun ini ke New York dan Yale University, tinggal bersama kawan sekolahnya.
“Semua orang di Yale menghargai hubungan sosial dan suasanannya sangat produktif. Saya kagum dengan kepadatan di New York, sangat berbeza daripada Houston. Saya terfikir seseorang itu mesti melakukan sesuatu yang istimewa untuk menyerlah di kota itu.”
Ketika kami berhenti di Taqueria Cancun, sebuah kedai makan tempatan yang meriah, untuk makan malam, Gio yang hanya fasih sedikit dalam bahasa Sepanyol bertatih-tatih untuk memesan makanan. Dia kemudian menjelaskan: “Saya boleh faham dan boleh bertutur sedikit. Selepas ibu bapa saya berpisah, ibu (tidak seperti ayah) tidak begitu menekankan kepad saya untuk menggunakan bahasa Sepanyol. Abang-abang saya fasih. Malah mereka bercakap dengan ayah saya dalam bahasa Sepanyol sepanjang masa. Sekarang apabila saya besar sedikit, saya sedar saya terasing daripada budaya kami. Saya rasa itu yang menjarakkan saya daripada identiti sebagai orang Mexico.”
Dia masih ingat kunjungannya ke Monterrey, bandar kelahiran ayahnya dan terkesan dengan bagaimana kotor dan riuhnya bandar itu serta bagaimana penduduknya perlu bekerja keras untuk menyara hidup.
Gio berbeza dengan abangnya, Josh. Dia hanya diam ketika abangnya menjelaskan tentang perniagaan senjata, menunjukkan pelbagai aksesori raifal automatik AR15 dan kemudian menunjukkan kepada saya bagaimana memegang senjata dengan selamat.
Josh kuat berpegang pada pandangan bebas. Dia menolak kerajaan yang “besar” dan dengan tegas tidak bersetuju dengan retorik anti senjata Presiden Obama.
Malah, di luar pengetahuan saya, Josh membawa sebuah pistol Glock yang kecil yang dia sisip pada pinggang seluar jeans. Gio yang masih muda masih lagi menguruskan lesen untuk memiliki senjata. Datang dari sebuah negara yang pemilikan senjata api adalah sesuatu yang tabu, saya rasa agak kurang selesa dan meminta dia cepat-cepat menyorokkan senjatanya.
Tetapi apabila kami berbual tentang politik, dua anak muda itu menunjukkan ketajaman pemikiran mereka yang tersembunyi tentang politik Amerika, cauvinisme orang Texas yang kuat dan tentang perlunya orang luar menarik nafas terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang masyarakat Latin.
Dua anak muda ini, terutamanya Josh, berterus terang mengenai kebencian mereka kepada Clinton, menceritakan rasa tidak percaya mereka terhadap bekas Setiausaha Negara itu terutamanya yang menyangkut soal integriti.
Mereka kecewa dengan pemilihan calon tetapi merasakan Donald Trump adalah calon pilihan yang terbaik. Gio malah merasakan dia mungkin tidak akan mengundi.
Ditanya tentang perasaannya terhadap serangan Trump ke atas orang Mexico, Gio berkata: “Trump merujuk kepada kelompok penjenayah. Saya faham maksudnya. Ada banyak jenayah di sekitar kawasn kejiranan saya, malah kami juga pernah ditembak.”
Merenung ke depan, kita harus ingat bahawa untuk Hillary menang pemilihan presiden ini, beliau perlukan semua elemen daripada pakatan majmuk Presiden Obama untuk bersatu.
Hillary tidak boleh hilang sokongan daripada mana-mana kelompok yang penting ini — wanita terpelajar, gay, Asia, Latin dan Afrika Amerika. Mereka perlu dibakar semangatnya dengan harapan untuk sebuah Amerika yang lebih baik dan bukannya dengan rasa kecewa dan putus asa dengan kekurangan pilihan yang satu lagi.
Karim Raslan
Mon Nov 07 2016
Tiga generasi keluarga Vidana di kediaman mereka. - Foto Karim Raslan
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ceritalah USA: Masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump
Dilema Andy Russell, masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump.
Ceritalah USA: Lawrencia Atakora bosan persepsi ke atas kelompok minoriti
Wanita yang bosan dengan sentimen minoriti ini turut kecewa dengan kempen Republikan yang menurutnya, dibangunkan daripada pembohongan.
Ceritalah USA - Alyiah Al Bonjim
Reaksi Alyiah Al-Bonijim, pelajar 19 tahun di University Michigan, tentang Donald Trump yang bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.
Ceritalah USA: Zachary Shinske, si anak kampung
Baginya, Obama pemimpin yang membawa kerosakan. Walaupun tidak menuduh Presiden ke-44 itu rasuah atau tidak jujur, dia menggelengkan kepala pada Obamacare dan kekacauan yang memuncak di Asia Barat
Ceritalah USA - Ketika China bertambah kuat, Amerika semakin lemah: Kisah dua kuasa besar
Tentunya, kombinasi kekeliruan tentang penggunaan akaun emel Hilary serta sumber dana Yayasan Clinton telah membangkitkan perasaan curiga terhadap integriti pasangan ini.
Ceritalah USA: Menjadi warga Texas - Giovanni Vidana
Ketika lawatan singkatnya menemui masyarakat Mexico di Houston, Texas, Karim Raslan mendapati tidak semua warga Mexico membenci Donald Trump.
Ceritalah USA - Industri teknologi perlu dimensi kemanusiaan
Siapa lagi yang perlukan pekerja apabila robot boleh melakukan kerja yang sama?
Ceritalah USA: Filipino Amerika sebagai kuasa baru
Meskipun masyarakat Filipino Amerika adalah kelompok Asia Amerika yang kedua terbesar di negara itu, mereka merasakan mereka selama ini diabaikan oleh arus perdana.
Ceritalah USA - Quinn Dang: Menjadi Orang Amerika
Duduk di luar perpustakaan universitinya yang tampak anggun, dia bercerita kepada saya tentang satu masalah utama yang dihadapi oleh banyak pelajar kolej di Amerika: hutang.
Ceritalah USA
Mendarat di London pada pagi 23 Jun 2016, saya adalah antara jutaan orang yang tergamam dengan tindak balas pengundi terhadap sempadan terbuka, perdagangan bebas serta elit liberal dan kosmopolitan.