BAGI Quinn Dang, pelajar sarjana kewartawanan berumur 25 tahun di San Jose University, hidup adalah tentang keaslian.
Pada lengannya terpasang tatu bertulis: “We become who we are” (Kita adalah kita).
Duduk di luar perpustakaan universitinya yang tampak anggun, dia bercerita kepada saya tentang satu masalah utama yang dihadapi oleh banyak pelajar kolej di Amerika: hutang.
“Saya sudah meminjam AS$17,000. Saya perlu membayar semula hutang itu enam bulan selepas saya graduan — itu tambahan AS$200 setiap bulan. Kalau dihitung-hitung, saya perlu jangka masa 10 tahun untuk melunaskan semua hutang.
“Mujurlah pakcik saya mengomel dan saya pun mula mengumpul lebih AS$7,000 dalam simpanan. Saya kerja lebih 40 jam seminggu (sebagai pengawal keselamatan), tak termasuk perlu hadir kuliah dan kerja lapangan.
“Saya harap dapat membayar pinjaman universiti ini dalam masa lima tahun. Sesetengah orang masih membayar hutang pengajian mereka sehingga umur 40-an.
“Saya datang dari keluarga berpendapatan rendah. Ibu bapa saya bekerja keras untuk menyara hidup kami berempat. Bolehkah saudara bayangkan: ibu saya berkahwin pada usia 18 tahun dan punya empat anak ketika umurnya 22 tahun?”
Tampang Quinn yang muda remaja dengan tubuhnya yang kurus dan wajahnya yang keanak-anakan menyembunyikan cabaran serius yang dia hadapi. “Saya merebut apa saja peluang untuk terus maju di depan. Saya sudah bekerja (dalam perkhidmatan runcit dan makanan) sejak meninggalkan rumah pada usia 18 tahun.”
Pengundi minoriti seperti Quinn Dang menakjubkan kerana mereka mewakili kelompok pengundi yang semakin bertambah dalam masyarakat Amerika.
Quinn tidak hanya sebahagian daripada generasi millenial yang sudah banyak ditulis tentang mereka. Sebagai warga Vietnam Amerika, dia juga adalah anggota set kecil masyarakat Asia Amerika.
Institut Dasar Migrasi (MPI) menganggarkan terdapat lebih kurang 1.8 juta pendatang Vietnam termasuk anak-anak mereka di Amerika Syarikat.
Malah, Orange County di California merupakan enklaf terbesar orang Vietnam di luar Vietnam. AS menjadi tuan rumah kepada salah sebuah kumpulan masyarakat Viet Kieus (atau warga Vietnam di luar negara) yang terbesar di dunia.
Banyak pengulas bertanya-tanya apakah kesan yang boleh diberikan oleh warga Asia Amerika kepada pilihan raya presiden 2016 ini.
Apakah mereka boleh mengubah dasar Amerika terutamanya terhadap Asia Tenggara ketika ia bersaing dengan pengaruh China ke atas wilayah ini?
Jangan kita lupa. Pada 2012, warga Vietnam Amerika menghantar “pulang” AS$5.7 bilion iaitu lebih daripada separuh aliran wang keluar seumpamanya. Kiriman wang membentuk 7.1 peratus daripada pendapatan kasar dalam negara Vietnam.
Ada tanggapan bahawa warga Vietnam Amerika cenderung menyokong Republikan kerana sikap mereka yang konservatif dan pemikiran yang menolak komunis.
Bagaimanapun, dapatan Kaji Selidik Asia Amerika Nasional mendapati bahawa angka 36 peratus warga Vietnam Amerika yang menyokong Republikan pada 2012 jatuh kepada 29 peratus pada tahun ini, manakala 32 peratus yang menyokong Demokrat meningkat kepada 45 peratus.
Namun adalah tidak wajar untuk membuat andaian secara pukul rata kerana pandangan Quinn mengenai pemilihan 2016 merumuskan: “Saya hormat Bernie Sanders keana dia seorang yang “jujur”. Dia mengkritik idea membuat keuntungan semata-mata daripada pendidikan dan kesihatan. Kalau bukan kerana dia, Hillary (Clinton) tidak akan pernah menerima isu-isu ini. Hillary bukanlah seorang pelopor. Dia kurang komitmen. Semuanya terasa palsu. Tetapi saya mungkin akan mengundi dia.”
Malah, beliau merasakan Trump seorang yang taksub dan mengaku Clinton lebih layak.
Apakah yang menyebabkan adanya pandangan yang berbeza ini?
Barangkali ini dipengaruhi oleh keadaan latar belakang keluarga.
Datuk dan nenek Quinn datang ke Amerika pada 1976 — sebagai pelarian Perang Vietnam — ketika ibunya baru berumur lima tahun. Dia memberitahu saya latar belakang itu memungkinkan dia membesar dalam persekitaran “Amerika” yang lebih santai berbanding misalnya teman-teman sebayanya yang ibu bapa mereka berhijrah semasa remaja. Tetapi apakah dia merasakan ada apa-apa pertalian dengan tanah air nenek moyangnya?
Quinn menjawab tegas: “Saya seorang Amerika.” Dia tidak pernah menjejakkan kaki di Vietnam. Biarpun dia faham bahasa Vietnam, dia tidak boleh bertutur dengan fasih. Tidak seperti ibunya, dia tidak pernah masuk kelas bahasa Vietnam.
Apakah Viet Kieus sepertinya menghidupkan Impian Amerika?
Kajian MPI mendapati median pendapatan isi rumah warga Vietnam Amerika antara 2009-2013 pada AS$52,000 berbanding AS$50,000 bagi keseluruhan penduduk Amerika. Juga, 22 peratus daripada warga Vietnam Amerika yang berumur lebih 25 tahun mempunyai satu ijazah sarjana muda.
Sebaliknya, hanya 24 peratus warga Vietnam Amerika yang berumur 16 tahun dan ke atas mempunyai kerjaya profesional berbanding 31 peratus warga Amerika lainnya, manakala kurang daripada purata nasional tamat sekolah tinggi.
Angka-angka ini menafikan tanggapan umum kononnya semua orang Asia Amerika ditakdirkan jadi “kelompok minoriti contoh” yang mengecap kejayaan dalam sekelip mata.
Oleh itu, warga Vietnam Amerika lainnya seperti Quinn harus praktikal. Sebagai anak muda daripada keluarga kelas pekerja minoriti, dia sentiasa gelisah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dia tidak boleh sambil lewa, menyedari bahawa dia berada di hujung rantai makanan, kalau pun tidak terasing sepenuhnya.
Ketaksuban Trump mungkin menghalang warga Vietnam Amerika daripada mengundi bersama-sama kelas pekerja warga kulit putih yang tidak berpuas hati. Tetapi apakah keadaan ini kekal bagi seorang calon yang lebih berdisiplin?
Ketika trend pengundian warga Vietnam dan Asia Amerika cenderung kepada Demokrat, adalah tidak tepat untuk mengandaikan bahawa ia selama-lamanya akan demikian.BAGI Quinn Dang, pelajar sarjana kewartawanan berumur 25 tahun di San Jose University, hidup adalah tentang keaslian.
Pada lengannya terpasang tatu bertulis: “We become who we are” (Kita adalah kita).
Duduk di luar perpustakaan universitinya yang tampak anggun, dia bercerita kepada saya tentang satu masalah utama yang dihadapi oleh banyak pelajar kolej di Amerika: hutang.
“Saya sudah meminjam AS$17,000. Saya perlu membayar semula hutang itu enam bulan selepas saya graduan — itu tambahan AS$200 setiap bulan. Kalau dihitung-hitung, saya perlu jangka masa 10 tahun untuk melunaskan semua hutang.
“Mujurlah pakcik saya mengomel dan saya pun mula mengumpul lebih AS$7,000 dalam simpanan. Saya kerja lebih 40 jam seminggu (sebagai pengawal keselamatan), tak termasuk perlu hadir kuliah dan kerja lapangan.
“Saya harap dapat membayar pinjaman universiti ini dalam masa lima tahun. Sesetengah orang masih membayar hutang pengajian mereka sehingga umur 40-an.
“Saya datag dari keluarga berpendapatan rendah. Ibu bapa saya bekerja keras untuk menyara hidup kami berempat. Bolehkah saudara bayangkan: ibu saya berkahwin pada usia 18 tahun dan punya empat anak ketika umurnya 22 tahun?”
Tampang Quinn yang muda remaja dengan tubuhnya yang kurus dan wajahnya yang keanak-anakan menyembunyikan cabaran serius yang dia hadapi. “Saya merebut apa saja peluang untuk terus maju di depan. Saya sudah bekerja (dalam perkhidmatan runcit dan makanan) sejak meninggalkan rumah pada usia 18 tahun.”
Pengundi minoriti seperti Quinn Dang menakjubkan kerana mereka mewakili kelompok pengundi yang semakin bertambah dalam masyarakat Amerika.
Quinn tidak hanya sebahagian daripada generasi millenial yang sudah banyak ditulis tentang mereka. Sebagai warga Vietnam Amerika, dia juga adalah anggota set kecil masyarakat Asia Amerika.
Institut Dasar Migrasi (MPI) menganggarkan terdapat lebih kurang 1.8 juta pendatang Vietnam termasuk anak-anak mereka di Amerika Syarikat.
Malah, Orange County di California merupakan enklaf terbesar orang Vietnam di luar Vietnam. AS menjadi tuan rumah kepada salah sebuah kumpulan masyarakat Viet Kieus (atau warga Vietnam di luar negara) yang terbesar di dunia.
Banyak pengulas bertanya-tanya apakah kesan yang boleh diberikan oleh warga Asia Amerika kepada pilihan raya presiden 2016 ini.
Apakah mereka boleh mengubah dasar Amerika terutamanya terhadap Asia Tenggara ketika ia bersaing dengan pengaruh China ke atas wilayah ini?
Jangan kita lupa. Pada 2012, warga Vietnam Amerika menghantar “pulang” AS$5.7 bilion iaitu lebih daripada separuh aliran wang keluar seumpamanya. Kiriman wang membentuk 7.1 peratus daripada pendapatan kasar dalam negara Vietnam.
Ada tanggapan bahawa warga Vietnam Amerika cenderung menyokong Republikan kerana sikap mereka yang konservatif dan pemikiran yang menolak komunis.
Bagaimanapun, dapatan Kaji Selidik Asia Amerika Nasional mendapati bahawa angka 36 peratus warga Vietnam Amerika yang menyokong Republikan pada 2012 jatuh kepada 29 peratus pada tahun ini, manakala 32 peratus yang menyokong Demokrat meningkat kepada 45 peratus.
Namun adalah tidak wajar untuk membuat andaian secara pukul rata kerana pandangan Quinn mengenai pemilihan 2016 merumuskan: “Saya hormat Bernie Sanders keana dia seorang yang “jujur”. Dia mengkritik idea membuat keuntungan semata-mata daripada pendidikan dan kesihatan. Kalau bukan kerana dia, Hillary (Clinton) tidak akan pernah menerima isu-isu ini. Hillary bukanlah seorang pelopor. Dia kurang komitmen. Semuanya terasa palsu. Tetapi saya mungkin akan mengundi dia.”
Malah, beliau merasakan Trump seorang yang taksub dan mengaku Clinton lebih layak.
Apakah yang menyebabkan adanya pandangan yang berbeza ini?
Barangkali ini dipengaruhi oleh keadaan latar belakang keluarga.
Datuk dan nenek Quinn datang ke Amerika pada 1976 — sebagai pelarian Perang Vietnam — ketika ibunya baru berumur lima tahun. Dia memberitahu saya latar belakang itu memungkinkan dia membesar dalam persekitaran “Amerika” yang lebih santai berbanding misalnya teman-teman sebayanya yang ibu bapa mereka berhijrah semasa remaja. Tetapi apakah dia merasakan ada apa-apa pertalian dengan tanah air nenek moyangnya?
Quinn menjawab tegas: “Saya seorang Amerika.” Dia tidak pernah menjejakkan kaki di Vietnam. Biarpun dia faham bahasa Vietnam, dia tidak boleh bertutur dengan fasih. Tidak seperti ibunya, dia tidak pernah masuk kelas bahasa Vietnam.
Apakah Viet Kieus sepertinya menghidupkan Impian Amerika?
Kajian MPI mendapati median pendapatan isi rumah warga Vietnam Amerika antara 2009-2013 pada AS$52,000 berbanding AS$50,000 bagi keseluruhan penduduk Amerika. Juga, 22 peratus daripada warga Vietnam Amerika yang berumur lebih 25 tahun mempunyai satu ijazah sarjana muda.
Sebaliknya, hanya 24 peratus warga Vietnam Amerika yang berumur 16 tahun dan ke atas mempunyai kerjaya profesional berbanding 31 peratus warga Amerika lainnya, manakala kurang daripada purata nasional tamat sekolah tinggi.
Angka-angka ini menafikan tanggapan umum kononnya semua orang Asia Amerika ditakdirkan jadi “kelompok minoriti contoh” yang mengecap kejayaan dalam sekelip mata.
Oleh itu, warga Vietnam Amerika lainnya seperti Quinn harus praktikal. Sebagai anak muda daripada keluarga kelas pekerja minoriti, dia sentiasa gelisah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dia tidak boleh sambil lewa, menyedari bahawa dia berada di hujung rantai makanan, kalau pun tidak terasing sepenuhnya.
Ketaksuban Trump mungkin menghalang warga Vietnam Amerika daripada mengundi bersama-sama kelas pekerja warga kulit putih yang tidak berpuas hati. Tetapi apakah keadaan ini kekal bagi seorang calon yang lebih berdisiplin?
Ketika trend pengundian warga Vietnam dan Asia Amerika cenderung kepada Demokrat, adalah tidak tepat untuk mengandaikan bahawa ia selama-lamanya akan demikian.
Karim Raslan
Fri Nov 04 2016
Pengundi minoriti seperti pelajar sarjana kewartawanan Quinn Dang menakjubkan kerana mereka mewakili kelompok pengundi yang semakin bertambah dalam masyarakat Amerika. - Foto Astro AWANI / Karim Raslan
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.

Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.

Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim
Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini.
Ceritalah USA: Masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump
Dilema Andy Russell, masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump.
Ceritalah USA: Lawrencia Atakora bosan persepsi ke atas kelompok minoriti
Wanita yang bosan dengan sentimen minoriti ini turut kecewa dengan kempen Republikan yang menurutnya, dibangunkan daripada pembohongan.
Ceritalah USA - Alyiah Al Bonjim
Reaksi Alyiah Al-Bonijim, pelajar 19 tahun di University Michigan, tentang Donald Trump yang bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.
Ceritalah USA: Zachary Shinske, si anak kampung
Baginya, Obama pemimpin yang membawa kerosakan. Walaupun tidak menuduh Presiden ke-44 itu rasuah atau tidak jujur, dia menggelengkan kepala pada Obamacare dan kekacauan yang memuncak di Asia Barat
Ceritalah USA - Ketika China bertambah kuat, Amerika semakin lemah: Kisah dua kuasa besar
Tentunya, kombinasi kekeliruan tentang penggunaan akaun emel Hilary serta sumber dana Yayasan Clinton telah membangkitkan perasaan curiga terhadap integriti pasangan ini.
Ceritalah USA: Menjadi warga Texas - Giovanni Vidana
Ketika lawatan singkatnya menemui masyarakat Mexico di Houston, Texas, Karim Raslan mendapati tidak semua warga Mexico membenci Donald Trump.
Ceritalah USA - Industri teknologi perlu dimensi kemanusiaan
Siapa lagi yang perlukan pekerja apabila robot boleh melakukan kerja yang sama?
Ceritalah USA: Filipino Amerika sebagai kuasa baru
Meskipun masyarakat Filipino Amerika adalah kelompok Asia Amerika yang kedua terbesar di negara itu, mereka merasakan mereka selama ini diabaikan oleh arus perdana.
Ceritalah USA - Quinn Dang: Menjadi Orang Amerika
Duduk di luar perpustakaan universitinya yang tampak anggun, dia bercerita kepada saya tentang satu masalah utama yang dihadapi oleh banyak pelajar kolej di Amerika: hutang.
Ceritalah USA
Mendarat di London pada pagi 23 Jun 2016, saya adalah antara jutaan orang yang tergamam dengan tindak balas pengundi terhadap sempadan terbuka, perdagangan bebas serta elit liberal dan kosmopolitan.