Gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter menggegarkan utara Chile pada Sabtu malam -- gempa kuat kedua yang melanda negara itu minggu ini.
Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan memberitahu, pusat gempa itu dikesan 45 kilometer di barat laut negara itu, kira-kira 400 kilometer di utara ibu kota Chile, Santiago.
Pada Selasa lepas, gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter melanda negara itu yang tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan.
Chile terletak dalam Lingkaran Api Pasifik dan sering dilanda gempa berukuran lebih dari 6.0 skala Richter.
Kali terakhir negara itu dilanda gempa terbesar adalah pada 27 Februari 2010 yang berkekuatan 8.8 skala Richter sehingga menyebabkan beberapa wilayah di Chile dilanda tsunami.
Kejadian itu menyebabkan 526 orang maut dan puluhan yang lain hilang.
Agensi
Sun Sep 06 2020

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.
Tarif AS yang tinggi sukarkan pelaburan - Jepun
Hampir 90% syarikat Jepun menjangkakan dasar Trump akan menjejaskan perniagaan.
Saham Asia meningkat, penangguhan tarif naikkan sentimen
Pada Rabu, White House berkata Trump akan mengecualikan pembuat kereta daripada tarif 25% ke atas Kanada dan Mexico selama sebulan, selagi mereka mematuhi peraturan perdagangan bebas sedia ada.
E-dagang: Wanita b40 masih hadapi cabaran, perlu sokongan berterusan
Statistik menunjukkan wanita daripada kumpulan tersebut masih menghadapi cabaran besar dalam memanfaatkan sepenuhnya peluang dalam ekonomi digital.

Pemandu komuter mengaku tidak bersalah rompak wanita guna pisau
Seorang pemandu komuter mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak dengan bersenjatakan pisau di sebuah perpustakaan desa.
RUU CCUS: Beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
SJKP: 76,664 permohonan diluluskan bernilai RM17.86 bilion
Daripada jumlah itu, sebanyak 68,594 permohonan adalah daripada kalangan belia berusia 40 tahun ke bawah.
Pengairan & saliran: RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem seluruh negara
Mohamad Sabu berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM14.8 juta disalurkan khusus ke negeri-negeri di Pantai Timur.
Agromakanan: KPKM rangka program baharu lonjak pengkomersialan produk
Inisiatif itu bertujuan mengurangkan kegagalan antara fasa prapengkomersial dan pengkomersialan, selain meningkatkan tahap kesediaan produk hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menembusi pasaran.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Persekitaran kadar faedah yang stabil menyokong ekonomi untuk berkembang dengan memberikan perniagaan dan pengguna kepastian yang lebih dalam merancang kewangan dan mengakses kredit.

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.

Chile bersiap sedia hadapi kemungkinan gempa bumi mega
Perkhidmatan Pencegahan dan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (SENAPRED) bersedia menghadapi sebarang kecemasan susulan ramalan saintis mengenai kemungkinan berlakunya gempa bumi mega di Chile.

Chile: Bekalan elektrik terputus, 3 maut dan 98 peratus penduduk terjejas
Menteri Kesihatan mengesahkan ketiga-tiga pesakit bergantung sepenuhnya pada peralatan sokongan hayat berkuasa elektrik.

Pemuda berkayak ditelan paus humpback di Chile
Adrian dan bapanya sedang berkayak di Punta Arenas dan secara tiba-tiba dia hilang daripada pandangan bapanya.

Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.

Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud landa utara Chile
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud telah berlaku berhampiran bandar pelabuhan Antofagasta di utara Chile, lapor Sputnik.

Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ
Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perubahan iklim, El Nino punca kebakaran hutan Chile
Perubahan iklim dan fenomena El Nino adalah kunci orang ramai perlu tahu bahawa kebakaran hutan di Chile yang meragut nyawa 131 orang dalam sejarah bencana alam terburuk di Chile.

Kerajaan, pemimpin Amerika Latin ucap takziah pemergian Sebastian Pinera
Kerajaan dan para pemimpin di seluruh Amerika Latin menzahirkan ucapan takziah atas kematian bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera dalam nahas helikopter.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.