China memutuskan untuk menyenaraikan 10 syarikat AS termasuk TCOM sebagai entiti yang tidak boleh dipercayai.
Sebelum ini, syarikat Illumina, Inc. dari AS sudah dimasukkan ke dalam senarai tersebut pada 4 Feb lalu, dan turut dilarang mengeksport kelengkapan penjujukan gen ke China.
Sementara itu, sebanyak 15 entiti AS termasuk Leidos sudah dimasukkan ke dalam senarai kawalan eksport, dan sebarang aktiviti eksport berkaitan yang sedang berlangsung mesti dihentikan serta-merta, menurut Kementerian Perdagangan China.
Pada hari yang sama, Suruhanjaya Peraturan Tarif Kastam Dewan Negara mengumumkan akan mengenakan tarif tambahan ke atas sebahagian produk yang diimport dari AS bermula 10 Mac, iaitu mengenakan tarif tambahan 15 peratus ke atas daging ayam, gandum, jagung dan kapas, manakala 10 peratus ke atas sorgum, kacang soya, daging babi, daging lembu, produk akuakultur, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu.
Dalam pada itu, Jurucakap Kementerian Perdagangan memaklumkan bahawa China telah memfailkan dakwaan di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung langkah AS menaikkan tarif ke atas barangan China yang dieksport ke negaranya.
-- BERNAMA
