SEBUAH fasiliti China dilaporkan sedang dalam proses membiakkan berbilion lipas untuk digunakan dalam ramuan pelbagai jenis ubat. Ramuan itu akan digunakan untuk menyembuhkan penyakit berkaitan pernafasan, perut, dan banyak lagi.
South China Morning Post melaporkan, fasiliti itu meliputi sebuah bangunan beberapa tingkat di kawasan seluas dua padang bola sepak. Kawasan itu bersuhu lembap sepanjang tahun, selain terkurung dan tidak akan menerima cahaya matahari.
Ia adalah sebahagian daripada usaha membiakkan enam bilion lipas setiap tahun.
Jika menjadi kenyataan, ia bukan fasiliti pertama yang ditubuhkan untuk tujuan itu. Di wilayah Sichuan, sebuah fasiliti hampir sama sudah wujud sejak beberapa tahun lalu dan membiakkan kira-kira 28,000 lipas setiap tahun.
Setiap fasiliti ini bergantung kepada Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan, untuk terus mengumpulkan dan menganalisis lebih daripada 80 kategori data. Ini termasuklah kelembapan, suhu, bekalan dan penggunaan makanan, serta mutasi genetik dan pemodelan pembiakan masa hadapan.
BACA: Kaki mereput, dipenuhi ulat dan lipas, tetapi wanita ini masih hidup!
Ia merupakan data penting untuk sebuah negara di mana lebih daripada 40 juta penduduknya mengamalkan ramuan pemakanan menggunakan lipas, yang dipercayai memberi manfaat kepada kesihatan.
Namun menurut Prof. Zhu Chaodong dari Akademi Sains China, jika terdapat kesilapan pada fasiliti berkenaan, ia akan mengakibatkan satu tragedi besar.
"Sedozen sahaja sudah cukup untuk merencatkan satu penempatan. Bayangkan jika enam bilion terlepas dari kawasan itu.
"Satu sistem yang berkesan perlu diaplikasikan. Paling penting, tiada kesilapan," kata Zhu.
Agensi
Sat Apr 21 2018

Sedozen sahaja sudah cukup untuk merencatkan satu penempatan. Bayangkan jika enam bilion terlepas dari kawasan itu. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Mistral perkenal model AI khusus dioptimasi untuk pasaran Arab
Mistral Saba menyasarkan boleh berinteraksi dengan baik dalam bahasa Arab, selain menjana kandungan dan teks dalam bahasa Arab.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas
Korea Utara, Iran atau bahkan Rusia boleh menggunakan teknologi AI untuk mencipta senjata biologi, kata Eric Schmidt.

Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.

China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.

Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.

Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan
Beberapa kementerian Korea Selatan menyekat akses dalaman kepada perkhidmatan AI itu berikutan kebimbangan terhadap amalan pengurusan data oleh Deepseek.

Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.