CHINA akan menggubal dasar untuk meningkatkan kadar kelahiran di negara itu, kata Presiden Xi Jinping.
Ia susulan kebimbangan dalam kalangan penggubal dasar berhubung penurunan ketara jumlah populasi negara itu yang berpotensi menjejaskan ekonomi kedua terbesar dunia itu.
"Kita akan mewujudkan sistem dasar untuk meningkatkan kadar kelahiran dan meneruskan strategi nasional yang proaktif sebagai tindak balas kepada penduduk yang menua," katanya kepada kira-kira 2,300 perwakilan dalam ucapan perasmian Kongres Parti Komunis ke-20 di Beijing pada Ahad.
Walaupun China mempunyai 1.4 bilion penduduk yang juga merupakan populasi paling ramai di dunia, kadar kelahirannya dijangka jatuh ke paras terendah tahun ini.
Ahli demografi berkata kadar kelahiran menurun ke 10.6 juta bayi tahun lepas, penurunan 11.5 peratus daripada 2020.
Pihak berkuasa mengenakan dasar satu anak dari 1980 hingga 2015, kemudian bertukar kepada dasar tiga anak, namun mengakui negara itu berada di ambang kemerosotan demografi.
Kadar kesuburan sebanyak 1.16 pada tahun 2021 adalah di bawah standard 2.1 OECD bagi populasi yang stabil dan antara yang terendah di dunia.
Sepanjang tahun lalu, pihak berkuasa telah memperkenalkan langkah seperti pemotongan cukai, cuti bersalin yang lebih lama, insurans perubatan yang dipertingkatkan, subsidi perumahan, wang tambahan untuk anak ketiga dan tindakan keras terhadap khidmat tutor swasta yang mahal.
Namun, keinginan dalam kalangan wanita China untuk mempunyai anak adalah yang paling rendah di dunia, menurut tinjauan yang diterbitkan pada Februari oleh badan pemikir YuWa Population Research.
Ahli demografi menegaskan langkah yang diambil setakat ini tidak mencukupi.
Mereka menyebut kos pendidikan tinggi, gaji rendah dan waktu kerja yang lama sebagai isu yang masih perlu ditangani, selain dasar COVID-19 dan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi.
Agensi
Sun Oct 16 2022
![China gubal dasar tingkat kadar kelahiran China gubal dasar tingkat kadar kelahiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665958247_ChinaPartyCongress.jpg)
Xi Jinping menyampaikan ucapan pembukaan Kongres Parti Komunis ke-20 di Beijing, China, 16 Okt 2022. (Foto AP)
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
ASEAN 2025 | 12 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739355489_USA.jpg)
Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS
Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar dana persekutuan berikutan kekuatan ekonomi semasa.
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737883161_TBOrangramai.jpg)
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
![Penurunan kadar kelahiran perlukan intervensi komprehensif - Pakar Penurunan kadar kelahiran perlukan intervensi komprehensif - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710759213_TBBabies.jpg)
Penurunan kadar kelahiran perlukan intervensi komprehensif - Pakar
Malaysia sedang mendepani perubahan demografi yang ketara, ditunjukkan oleh penurunan berterusan kadar kesuburan rakyatnya.
![Bumi kini mempunyai 8.09 bilion penduduk Bumi kini mempunyai 8.09 bilion penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735697431_Pendudukbumi.jpg)
Bumi kini mempunyai 8.09 bilion penduduk
Sungguhpun begitu, kadar kelahiran sepanjang 2024 adalah lebih rendah berbanding 2023 dimana penduduk bumi meningkatkan sebanyak 75 juta.
![Populasi Ukraine dianggar menurun sebanyak 10 juta sejak 2014 - UNFPA Populasi Ukraine dianggar menurun sebanyak 10 juta sejak 2014 - UNFPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729632482_Localresidents.jpg)
Populasi Ukraine dianggar menurun sebanyak 10 juta sejak 2014 - UNFPA
Florence Bauer berkata, lapan juta daripada penurunan jumlah populasi itu berlaku sejak konflik Moscow-Kyiv pada 2022.
![Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673249758_TBJapanFlag.jpg)
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
![Populasi Korea Selatan diramal menurun lebih 30% menjelang 2072 - Data Populasi Korea Selatan diramal menurun lebih 30% menjelang 2072 - Data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727145817_emptystreet.jpg)
Populasi Korea Selatan diramal menurun lebih 30% menjelang 2072 - Data
Populasi negara ini dijangka akan merosot kepada 36 juta pada tahun 2072, menurun 30.8 peratus daripada 52 juta tahun ini.
![Aplikasi janji temu kaedah kerap digunakan untuk bertemu pasangan di Jepun - Kajian Aplikasi janji temu kaedah kerap digunakan untuk bertemu pasangan di Jepun - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726393718_jepunaplikasigod.jpg)
Aplikasi janji temu kaedah kerap digunakan untuk bertemu pasangan di Jepun - Kajian
Agensi Kanak-kanak dan Keluarga merancang untuk meningkatkan kerjasama dengan swasta dalam mempromosi aplikasi janji temu yang mematuhi garis panduan.
![Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702110059_NancyShukri.jpg)
Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy
Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia.
![Pusat Subfertiliti Negara pertama beroperasi 2029 - Nancy Pusat Subfertiliti Negara pertama beroperasi 2029 - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700297376_NancyShukri.jpg)
Pusat Subfertiliti Negara pertama beroperasi 2029 - Nancy
Pusat Subfertiliti Negara yang pertama akan dibina di Shah Alam, Selangor tahun hadapan.
![Selangor timbang wujud kerangka sektor ekonomi penjagaan - Amirudin Selangor timbang wujud kerangka sektor ekonomi penjagaan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698710357_tbSimposiumEkonomi.jpg)
Selangor timbang wujud kerangka sektor ekonomi penjagaan - Amirudin
Amirudin berkata kerangka berkenaan akan mengelakkan kerjaya kaum wanita daripada tersekat berikutan tanggungjawab terhadap keluarga.