BEIJING: China telah menjadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut, dengan jumlah jualan runcit dalam talian mencecah 15.5 trilion yuan (kira-kira AS$2.16 trilion) pada 2024, menurut Kementerian Perdagangan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Industri borong dan runcit di China mencatat kemajuan stabil didorong oleh pelbagai dasar, menyediakan sokongan kukuh untuk merangsang permintaan domestik dan membentuk paradigma pembangunan baharu, kata Timbalan Menteri Perdagangan, Sheng Qiuping pada sidang media.

Sheng berkata, nilai tambah industri borong dan runcit mencecah 13.8 trilion yuan pada 2024, menyumbang 10.2 peratus daripada KDNK dan memainkan peranan penting dalam memperlancar peredaran, mencipta pekerjaan dan mengurangkan kos logistik.

Kementerian itu akan bekerjasama dengan jabatan berkaitan untuk memperkayakan dasar sokongan, melaksanakan langkah terperinci dan mempercepatkan promosi pembangunan berkualiti tinggi dalam industri borong dan runcit, untuk melancarkan lagi peredaran ekonomi negara, tambah Sheng. - BERNAMA