SHANGHAI: China mengeluarkan amaran kemarau negara yang pertama tahun ini ketika pihak berkuasa giat melawan kebakaran hutan, selain menggerakkan pasukan khas untuk melindungi tanaman daripda terjejas akibat suhu panas di sepanjang lembangan Sungai Yangtze.
Amaran kuning kebangsaan itu dikeluarkan pada Khamis (18 Ogos), selepas wilayah dari Sichuan hingga ke Shanghai dalam hamparan delta Yangtze, mengalami suhu panas ekstrem selama berminggu-minggu.
Amaran berkenaan hanya kurang dua kedudukan dari amaran paling serius dalam skala Beijing.
Reuters melaporkan, pegawai kerajaan berulang kali memetik isu perubahan iklim sebagai puncanya.
Salah satu daripada lembangan banjir Yangtze yang penting di daerah Jiangxi, di tengah China, didapati Tasik Poyang sudah mengecil sehingga suku saiz normalnya, lapor agensi berita Xinhua.
Sejumlah 66 sungai merentasi 34 mukim di wilayah barat daya Chongqing juga telah mengering, lapor media tempatan.
Taburan hujan di Chongqing tahun ini juga menurun 60 peratus berbanding kebiasaannya, menjadikan tanah di beberapa daerah dalam keadaan kekurangan lembapan.
Daerah Beibei di utara Chingqing mencatatkan bacaan suhu 45 darjah Celsius pada Khamis.
Chongqing merupakan salah satu daripada 10 lokasi paling panas di China pada pagi Jumaat, dengan suhu didaerah Bishan sudahpun menceah 39 darjah Celsius. Shanghai pula sudah pada bacaan 37 Celsius.
Selain terdapat banyak laporan tentang kes strok haba, media turut melaporkan tentang prasarana gas di daerah Fuling yang terpaksa menghentikan bekalan kerana berdepan 'risiko keselamatan serius'.
Biro agrikultur Chongqing telahpun menggerakkan pasukan pakar khas untuk melindungi tanaman berharga serta menambah keluasan tanaman untuk menggantikan kerugian menjelang musim tuai seterusnya.
Menurut data Kementerian Darurat pada Khamis, suhu tinggi pada Julai sahaja sudah meninggalkan impak kerugian ekonomi sejumlah 2.73 bilion yuan (AS$400 juta), sekali gus menjejaskan 5.5 juta orang.
Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan China telah memperbaharui amaran merah suhu tingginya pada Jumaat, setelah 30 hari berturut-turut mengeluarkan amaran sama.
Agensi kaji cuaca memberitahu, 4.5 juta kilometer per segi, atau hampir separuh keluasan negara, kini mengalami suhu 35 Celsius atau lebih sepanjang bulan lalu, dengan lebih daripada 200 stesen cuaca mencatatkan rekod suhu tertinggi.
Agensi
Fri Aug 19 2022

Keadaan Sungai Jialing, salah satu daripada sungai yang mengalir ke Sungai Yangtze, semakin mengering hingga mencetuskan kegelisahan pihak pentadbiran tempatan. - Reuters
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.

Malaysia hulur bantuan kepada Namibia yang dilanda kemarau
Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya menyerahkan sumbangan negara kepada Perdana Menteri Namibia, Saara Kuugongelwa Amadhila pada Isnin.

Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

MB Kedah tolak dakwaan penyusutan air empangan disebabkan pembalakan
Kemarau panjang menjadi penyebab kepada penyusutan air berkenaan selain penyaluran air serentak untuk kegunaan pertanian, domestik dan industri.

Pengurangan isipadu kolam Taman Tasik Taiping hampiri 70 peratus
Paras air sungai yang menjadi antara sumber air juga didapati menurun dan memberi kesan kepada tahap air di dalam tasik atau kolam di taman itu.

Paras air Empangan Muda susut akibat kemarau, pelepasan air untuk pertanian
Tinjauan di kawasan tasik itu mendapati bot-bot milik nelayan darat terpaksa diikat jauh dari tempat asal yang kini sudah menjadi daratan.

Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.

Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.

Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.

Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.