Pemilik NEV telah lama bergelut dengan premium insurans yang tinggi dan risiko dinafikan perlindungan.
Pada masa yang sama, penanggung insurans telah dibebani oleh kerugian kewangan akibat kos pembaikan NEV yang tinggi.
Garis panduan itu, yang dikeluarkan bersama oleh Pentadbiran Kawal Selia Kewangan Kebangsaan dan tiga lagi agensi kerajaan, bertujuan untuk mengurangkan kos penyelenggaraan untuk NEV.
Ia turut menekankan keperluan untuk meneroka penubuhan sistem pengkelasan risiko untuk model insurans.
Bagi menyokong usaha ini, Persatuan Insurans China dan Bursa Insurans Shanghai mengumumkan pada Jumaat bahawa platform insurans khusus untuk sektor NEV akan dilancarkan pada Sabtu.
Platform ini direka untuk memastikan perlindungan insurans yang mencukupi bagi NEV, terutamanya untuk kenderaan berisiko tinggi.
Penanggung insurans yang mengambil bahagian dalam platform itu dilarang menolak perlindungan.
Sektor NEV di China telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut data rasmi, sehingga akhir 2024, bilangan NEV yang digunakan di China telah mencecah 31.4 juta, peningkatan 260 kali ganda dalam tempoh sedekad.
-- BERNAMA