ISTANBUL: China pada Khamis melarang rakyatnya daripada mengunjungi utara Myanmar yang dilanda konflik.
Kementerian Luar menggesa "rakyat China supaya tidak pergi ke utara Myanmar buat masa ini memandangkan konflik bersenjata yang tercetus di beberapa bahagian di wilayah itu," lapor Agensi Anadolu memetik akhbar Global Times yang berpangkalan di Beijing.
"Rakyat China yang sudah berada di kawasan konflik perlu berwaspada terhadap keadaan sekeliling dan berpindah segera ke tempat selamat atau kembali ke negara asal untuk keselamatan mereka," katanya.
Pertempuran semakin sengit di negeri Shan di utara, berhampiran sempadan China, sejak kebelakangan ini.
Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar, Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta'ang, dan Tentera Arakan telah menguasai banyak pos luar dan empat bandar, dan menyekat laluan perdagangan kritikal ke China.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menyatakan kebimbangannya terhadap pertempuran di negeri Shan, dengan memetik laporan mengenai tembakan artileri dan serangan udara yang mengakibatkan korban awam dan berpuluh-puluh ribu orang kehilangan tempat tinggal manakala beratus-ratus lagi melintasi sempadan, lapor Agensi Anadolu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023

Anggota tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar mengibarkan bendera kumpulan itu di atas kereta kebal yang dirampasnya di Myanmar. - Foto AP
Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.
KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak paket bernilai RM200,000

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

China larang rakyatnya lawat utara Myanmar yang dilanda konflik
China pada Khamis melarang rakyatnya daripada mengunjungi utara Myanmar yang dilanda konflik.

Kapal terkandas di Terusan Suez
Sebuah kapal terkandas di Terusan Suez berhampiran bandar al-Qantara dan pihak berkuasa laluan air itu sedang cuba mengapungkannya, kata sebuah syarikat perkapalan pada Isnin.

Laluan Suez-Selat Melaka: Kalau ditutup punahlah dunia
Sekiranya Selat Melaka ditutup untuk pelayaran, kesannya sama sahaja seperti apa yang berlaku dengan Terusan Suez sekarang ini.

Insiden kapal tersadai di Terusan Suez, mungkin jejas penghantaran bekalan ke rantau ini - Menteri Pengangkutan Singapura
Sekiranya gangguan itu berterusan, Ong berkata, PSA, pengendali pelabuhan Singapura, menjangkakan berlaku kelewatan setelah syarikat perkapalan mengubah jadual perjalanan kapal mereka.

8 maut, 14 cedera dalam kejadian tembakan di Mexico
Penyerang tiba dengan menaiki kenderaan di sebuah rumah di kejiranan Antonio Barona dan melepaskan tembakan ke arah mereka yang sedang berkabung.

Malaysia akan pastikan Laut China Selatan aman
Beliau telah bercakap dengan Setiausaha Pertahanan AS James Mattis, mengenai hasrat Malaysia supaya penyelesaian secara damai diambil dan mengekalkan Asia Tenggara zon bebas konflik bersenjata.