WUHAN: China akan melepaskan 200,000 sturgeon China ke Sungai Yangtze, sungai terpanjang di negara itu mulai Sabtu sebagai sebahagian daripada usahanya untuk melindungi ikan yang jarang ditemui itu.
Sturgeon ialah ikan besar daripada famili Acipenseridae yang telurnya dijadikan kaviar.
Kumpulan pertama 100,000 ikan telah dilepaskan di bandar Yichang di Provinsi Hubei pada Sabtu dan dua kelompok lagi akan menyusul, menurut China Three Gorges Corporation yang telah membuat pelepasan seperti itu setiap tahun sejak 1984, lapor Xinhua.
Sturgeon China yang wujud sejak 140 juta tahun, adalah antara spesies vertebrata paling purba di bumi dan berada di bawah perlindungan Kelas-A di China. Ikan yang dilindungi itu dibiak dan dibebaskan ke persekitaran semula jadi.
Sturgeon yang dilepaskan tahun ini berusia antara enam bulan hingga 14 tahun bagi memulihkan populasi liar, kata ketua jurutera pusat penyelidikan syarikat bagi spesies berkenaan, Jiang Wei.
Sebelum dilepaskan, sturgeon yang lebih besar yang menghampiri kematangan seksual dipasang pengesan satelit untuk analisis kesan alam sekitar terhadap kemandirian spesies di alam liar untuk menyediakan sistem perlindungan pada masa depan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China berusaha keras memulihkan ekologi di sepanjang Sungai Yangtze dengan melarang aktiviti memancing selama 10 tahun di perairan penting di sepanjang sungai pada awal tahun 2021.
Pada Disember 2020, China mengisytiharkan Undang-undang Perlindungan Sungai Yangtze yang menjamin pemuliharaan biodiversiti di sungai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023
![China lepaskan 200,000 ikan jarang ditemukan di Sungai Yangtze China lepaskan 200,000 ikan jarang ditemukan di Sungai Yangtze](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679805456_Chinesesturgeons.jpg)
Kumpulan pertama 100,000 ikan telah dilepaskan di bandar Yichang di Provinsi Hubei pada Sabtu dan dua kelompok lagi akan menyusul. - Foto China Three Gorges Corporation
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![China lepaskan 200,000 ikan jarang ditemukan di Sungai Yangtze China lepaskan 200,000 ikan jarang ditemukan di Sungai Yangtze](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679805456_Chinesesturgeons.jpg)
China lepaskan 200,000 ikan jarang ditemukan di Sungai Yangtze
China akan melepaskan 200,000 sturgeon China ke Sungai Yangtze, sungai terpanjang di negara itu mulai Sabtu.
![Penemuan artifak patung Buddha di sebalik surutnya Sungai Yangtze Penemuan artifak patung Buddha di sebalik surutnya Sungai Yangtze](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661059178_Buddhiststatue.jpg)
Penemuan artifak patung Buddha di sebalik surutnya Sungai Yangtze
Ketiga-tiga patung itu ditemui di bahagian tertinggi pulau itu yang dipanggil Foyeliang, pada mulanya dikenal pasti dibina semasa dinasti Ming dan Qing.
![Dua juta penduduk China diarah pindah susulan banjir kilat, tanah runtuh Dua juta penduduk China diarah pindah susulan banjir kilat, tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81594995338_Chinafloods.jpg)
Dua juta penduduk China diarah pindah susulan banjir kilat, tanah runtuh
Selain memaksa dua juta penduduk untuk berpindah, situasi itu turut menyebabkan infrastruktur dan ladang rosak.
![13 maut: Gara-gara penumpang perempuan pukul pemandu bas rupanya... 13 maut: Gara-gara penumpang perempuan pukul pemandu bas rupanya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61541164741_Garagarapenumpang.jpg)
13 maut: Gara-gara penumpang perempuan pukul pemandu bas rupanya...
Sekurang-kurangnya 13 terkorban manakala dua lagi hilang apabila sebuah bas terhumban ke dalam sungai di China selepas satu pertengkaran tercetus.
![Warga Singapura dan Jepun antara 20 hilang dalam insiden bot karam di China Warga Singapura dan Jepun antara 20 hilang dalam insiden bot karam di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/81421380089_295x200.jpg)
Warga Singapura dan Jepun antara 20 hilang dalam insiden bot karam di China
Lebih 20 penumpang sebuah bot termasuk beberapa warga asing dilaporkan hilang dalam insiden sebuah bot karam di Sungai Yangtze di Jiangsu ke timur negara itu.