BEIJING: Presiden China Xi Jinping berkata China konsisten dalam pendirian menegakkan keadilan dalam isu Palestin selain aktif menggalakkan rundingan damai dan terus menyediakan bantuan kemanusiaan serta pembangunan kepada Palestin.
Demikian kata Presiden Xi dalam perutusan tahniah kepada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang diadakan pada Rabu.
Xi menyifatkan isu Palestin sebagai isu teras kepada masalah Asia Barat yang juga melibatkan kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.
"Konflik Palestin-Israel berpunca dari tangan "ghaib" yang menghalang rakyat Palestin dalam usaha merealisasikan hak mereka yang sah untuk menubuhkan satu negara yang merdeka.
"Berulang kali berlakunya konflik Palestin-Israel membuktikan peri pentingnya untuk menegakkan konsep keselamatan bersama bagi mewujudkan keselamatan yang mampan.
"Masyarakat antarabangsa mesti bertindak dengan segera dan Majlis Keselamatan PBB perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk menggalakkan gencatan senjata, menamatkan pertempuran dan melindungi keselamatan penduduk awam bagi membendung bencana kemanusiaan.
"Rundingan damai Palestin-Israel perlu disambung semula dengan secepat mungkin bagi merealisasikan hak rakyat Palestin dalam menubuhkan negara, kelangsungan hidup dan kembali ke kampung halaman mereka secepat mungkin," kata Xi.
Xi menegaskan China teguh menyokong usaha keadilan bagi memulihkan hak rakyat Palestin yang sah.
"Penyelesaian kepada isu Palestin terletak pada penubuhan negara Palestin yang merdeka yang boleh menikmati kedaulatan sepenuhnya berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
"Perlunya memastikan pembangunan ekonomi dan mata pencarian rakyat Palestin terjamin dan masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada Palestin.
"Selain itu, landasan rundingan damai yang betul perlu dikekalkan dan persidangan damai antarabangsa yang lebih berwibawa perlu diadakan secepat mungkin," kata Xi.
Xi berkata China yang mengemukakan Inisiatif Keselamatan Global menyokong penyelesaian perselisihan dan pertikaian antara negara melalui dialog dan rundingan dan menyokong semua usaha yang kondusif bagi penyelesaian krisis secara damai.
"China, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk membina konsensus antarabangsa yang menggerakkan kedamaian, menggalakkan penyelesaian isu Palestin kembali ke landasan yang betul, berpandukan 'penyelesaian dua negara' agar isu itu diselesaikan secara komprehensif, adil dan berkekalan," kata Xi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Xi menyifatkan isu Palestin sebagai isu teras kepada masalah Asia Barat yang juga melibatkan kesaksamaan dan keadilan antarabangsa. -Gambar fail/AP

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House
Kata Trump, beliau mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Presiden Xi Jinping.

Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia
Isu itu adalah antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam panggilan video pada Selasa.

Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.

Xi Jinping zahir ucapan takziah susulan nahas penerbangan Korea Selatan
Xi menyatakan bahawa beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai nahas tragik yang mengorbankan banyak nyawa itu.

Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.

China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.

Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.

Lawatan kerja: Xi Jinping bawa suara baharu kepada Global Selatan - PM
Presiden China Xi Jinping telah membawa "suara baharu" kepada Global Selatan dan masyarakat antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.

Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.