BEIJING: China telah mengambil pelbagai tindakan untuk melindungi haiwan dan tumbuhan liar sehingga mencapai hasil yang menggalakkan, kata pegawai Biro Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput sempena sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia ke-10 hari ini.
Sepanjang 10 tahun yang lalu, pelaksanaan projek menyelamat spesies terancam berjaya menambah populasi spesies liar seperti panda gergasi, gajah Asia, harimau dan harimau bintang, ungka Hainan, burung sekendi berjambul dan pokok merpati.
Di samping itu, taman botani peringkat kebangsaan turut dibina untuk mempergiat perlindungan tumbuhan terancam dan sumber tumbuhan penting, selain menggalakkan pemuliharaan biodiversiti serta penggunaan sumber asli secara mampan.
Pada masa ini, pindaan Undang-undang Perlindungan Hidupan Liar telah disemak dan diluluskan serta akan dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Mei.
Selain itu, satu sistem mesyuarat bersama antara kementerian untuk memerangi pemerdagangan haram haiwan dan tumbuhan liar serta sistem mesyuarat secara bersama antara kementerian untuk penyeliaan pasaran dalam talian akan turut diwujudkan.
Sistem berkenaan akan membantu untuk memerangi aktiviti menjadikan haiwan liar sebagai hidangan, melaksanakan langkah kawalan yang paling ketat untuk pemerdagangan hidupan liar dan membentuk sistem mesyuarat bersama berbilang jabatan bagi memerangi pemerdagangan haram hidupan liar.
Sebagai sebuah metropolis, kaedah untuk merealisasikan kewujudan simbiosis antara manusia dan alam semula jadi di Beijing adalah cabaran utama bagi pentadbiran bandar.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tahap perlindungan haiwan dan tumbuhan liar di Beijing terus meningkat.
Untuk rekod, Beijing sedang menguruskan versi senarai haiwan dan tumbuhan liar yang baharu bagi memasukkan spesies haiwan dan tumbuhan liar yang baru dijumpai ke dalam senarai itu.
Pengarah Bahagian Perlindungan Hidupan Liar dan Tanah Lembap Biro Landskap Beijing, Zhang Zhimin berkata pihaknya mendapati spesies haiwan liar di Beijing adalah lebih daripada 600.
"Kami pada mulanya menyenaraikan sebanyak 503 spesies sahaja, namun ketika proses mengemas kini senarai baharu, kami mendapati perubahan yang paling besar berlaku pada spesies burung," kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Pelaksanaan projek menyelamat spesies terancam berjaya menambah populasi spesies seperti panda gergasi, harimau, gajah, burung sekendi berjambul dan pokok merpati. - Gambar hiasan BERNAMA
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.

Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.