ADDIS ABABA: Nahas pesawat Ethiopian Airlines Boeing 737-8 Max yang mengorbankan 157 orang pada 2019 berpunca daripada kegagalan ciri keselamatan pesawat, menurut pihak berkuasa Ethiopia dalam laporan akhirnya pada Jumaat.
Pada 10 Mac 2019, pesawat ET 302 dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi terhempas beberapa minit sejurus berlepas dan mengorbankan semua penumpang dan anak kapal, lapor Xinhua.
Laporan akhir berhubung kemalangan itu menyimpulkan nahas berkenaan disebabkan oleh kegagalan ciri keselamatan, kata Menteri Pengangkutan dan Logistik Ethiopia, Dagmawit Moges.
"Sensor Left Angle of Attack (AOA) kapal terbang gagal berfungsi selepas berlepas dan mengakibatkan data yang rosak dihantar kepada sistem kawalan penerbangan.
"Data yang salah itu seterusnya mencetuskan Manuvering Characteristics Augmentation System (MCAS) hingga menyebabkan juruterbang hilang kawalan," Moges dipetik oleh Agensi Berita Ethiopia (ENA) sebagai berkata.
MCAS ialah ciri keselamatan automatik yang direka bagi pesawat 737 Max 8.
Moges berkata laporan akhir itu dikeluarkan berdasarkan laporan awal dan interim sebelum ini.
Insiden itu mendorong syarikat penerbangan Ethiopia termasuk banyak syarikat penerbangan lain di seluruh dunia menggantung operasi pesawat Boeing 737 MAX.
Pada Februari, syarikat penerbangan Ethiopia mengembalikan operasi pesawat Boeing 737 MAXnya sejak insiden tragis itu.
--BERNAMA
TAG: Ethiopian Airlines, nahas, ciri keselamatan, AOA
Bernama
Sun Dec 25 2022
Pada 10 Mac 2019, pesawat ET 302 dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi terhempas beberapa minit sejurus berlepas dan mengorbankan semua penumpang dan anak kapal. - Gambar fail/ AP
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Keluarga mangsa nahas Ethiopian Airlines fail 'keputusan pembunuhan tidak sah' pada inkues
Peguam untuk keluarga itu akan mendapatkan "keputusan membunuh secara tidak sah" pada inkues yang akan bermula di Horsham pada Isnin.
Ethiopian Airlines sambung semula laluan Addis Ababa-KL
Ethiopian Airlines (ET) menyambung semula penerbangannya untuk laluan Kuala Lumpur-Addis Ababa bermula hari ini.
Pesawat terlepas landasan, juruterbang dilapor tertidur ketika penerbangan
Insiden berlaku pada 15 Ogos lalu ketika pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa.
Ryanair tempah 75 unit Boeing 737 Max
Pesanan itu dibuat beberapa minggu sebelum pesawat berkenaan menyambung kembali penerbangan komersial.
Keluarga mangsa nahas pesawat kecewa Boeing 737 Max dibenar terbang semula
Masih terlalu awal untuk meluluskan penerbangan semula pesawat Boeing 737 Max, luah ahli keluarga mangsa yang terkorban.
Boeing 737 Max dibenar terbang semula selepas dua tahun digantung operasi
Pesawat berkenaan melalui proses penilaian selama 20 bulan dan juruterbang akan diberikan latihan semula.
Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.
Boeing diketip sayap, Airbus melayang rentap
Buat pertama kalinya sejak 2011, Airbus berjaya menjual dan menyerah lebih banyak pesawat ke pasaran berbanding Boeing.
Boeing pecat CEO Dennis Muilenburg selepas gagal tangani persepsi buruk
Keputusan berkenaan diumumkan ekoran kesan kepada reputasi Boeing yang buruk dalam kalangan syarikat penerbangan dan penguat kuasa.
'Pelanggan hilang keyakinan' - Garuda batal tempahan pesawat Boeing 737 Max 8
Garuda Indonesia mahu batal pesanan pesawat Boeing 737 Max kerana pelanggan sudah hilang keyakinan dengan tahap keselamatan pesawat itu.