SINGAPURA: Singapura sebagai pusat kewangan antarabangsa mampu memainkan peranan penting dalam menjana pembiayaan kira-kira AS$3 trilion (AS$1=RM4.66) yang diperlukan setiap tahun bagi rantau Asia Pasifik mencapai matlamat pelepasan sifar bersih menjelang 2050, kata Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).
"Pelan tindakan kami untuk pelaksanaan pendekatan itu ialah Pelan Tindakan Kewangan Sifar Bersih yang dilancarkan oleh MAS dengan kerjasama industri kewangan.
"Ia bertujuan menjana kewangan untuk memangkin peralihan sifar bersih Asia," kata Pengarah Urusan MAS Ravi Menon dalam ucapan perasmiannya pada pelancaran COP28 Singapore Pavilion Expo City di Dubai.
Teks ucapan beliau diedarkan kepada pihak media di sini.
COP28 atau Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) bermula hari ini sehingga 12 Dis 2023.
Menon menyatakan terdapat dua mekanisme pembiayaan yang mampu memainkan peranan penting dalam menyokong penyelesaian penyahkarbonan.
Mekanisme pertama ialah "kewangan gabungan" yang menghimpunkan pelbagai rakan kongsi daripada sektor awam dan swasta untuk menyumbang dalam cara yang berbeza dan sinergistik untuk menjadikan projek hijau dan peralihan itu berdaya maju.
"Modal konsesi, ditambah dengan bantuan teknikal dan kawal selia, boleh membantu mengurangkan risiko dan menarik lebih banyak pelbagai modal komersial," katanya.
Mekanisme pembiayaan kedua, kata Menon, ialah "kredit karbon", yang terhasil daripada pengurangan pelepasan yang boleh disahkan yang mampu meningkatkan keadaan ekonomi untuk banyak projek peralihan.
Beliau berkata MAS telah menghasilkan kertas kerja bersama McKinsey yang menggariskan bagaimana kredit karbon berintegriti tinggi boleh dijana daripada pengurangan pelepasan masa hadapan berikutan pemberhentian awal operasi jana kuasa arang batu dan penggantian dengan sumber tenaga yang lebih bersih.
Dengan penawaran kredit peralihan, ia berpotensi mengupayakan mekanisme pembiayaan yang dipacu pasaran lebih meluas dan membantu meningkatkan penyumberan modal swasta, katanya.
Menurut Menon MAS akan berkongsi inisiatif yang konkrit bagi meningkatkan mekanisme pembiayaan ini dan mengumumkan perkongsian baharu untuk pelaksanaan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Singapura sebagai pusat kewangan antarabangsa mampu memainkan peranan penting dalam menjana pembiayaan kira-kira AS$3 trilion. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.