GENEVA: COVAX, inisiatif vaksin COVID-19 antarabangsa yang digerakkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sudah mengagihkan sejumlah 1 bilion vaksin kepada 144 negara.
WHO dalam satu kenyataan pada Ahad menjelaskan 36 negara anggota menyaksikan kadar vaksinasi kurang 10 peratus.
Manakala 88 negara anggota kurang daripada 40 peratus setakat Khamis.
Untuk rekod, COVAX merupakan inisiatif operasi perolehan dan pembekalan vaksin terbesar dalam sejarah.
COVAX dilancarkan pada April 2020 oleh WHO dan diketuai bersama oleh Global Alliance for Vaccines and Immunization (GAVI) dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) yang merupakan salah satu daripada tiga akses utama kepada pembekalan alatan COVID-19.
Ia menggabungkan kerajaan, organisasi kesihatan global, pengilang, saintis, sektor swasta, masyarakat sivil dan dermawan bertujuan menyediakan akses inovatif dan saksama kepada diagnostik, rawatan dan vaksin COVID-19.
Astro Awani
Mon Jan 17 2022

COVAX sudah mengagihkan sejumlah 1 bilion vaksin kepada 144 negara. -Gambar hiasan

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

UK sumbang 20 juta dos vaksin AstraZeneca kepada negara miskin
30.6 juta dos vaksin "Oxford-AstraZeneca" akan diberikan kepada mereka yang memerlukan tahun ini.

COVID-19: Korea Utara tolak tawaran 3 juta vaksin Sinovac
Pyongyang minta PBB mengagihkan vaksin Sinovac Biotech keluaran China itu ke negara yang lebih memerlukan.

Vaksin tunggal COVID-19 sumbangan AS akan mula dihantar ke Afrika
Amerika Syarikat akan mula membuat penghantaran vaksin COVID-19 dos tunggal ke Afrika dalam beberapa hari akan datang.

Vaksin Sinopharm, Sinovac masuk senarai pemerolehan COVAX
Ketua Eksekutif GAVI, Seth Berkley berkata, ia akan membolehkan lebih banyak vaksin disediakan kepada anggota COVAX.

Vaksin COVID-19: Proses kelulusan CanSino bermula Jun lalu
COVAX merupakan inisiatif pengedaran vaksin yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

COVID-19: Vietnam catat 66 lagi kes penularan tempatan
Kes tempatan itu dilaporkan di Bac Giang sebanyak 16 kes, Bac Ninh (23), Bandaraya Ho Chi Minh (26) dan Ha Tinh (satu).

AS agih vaksin bukan untuk imbuhan politik - Sherman
Amerika Syarikat (AS) komited untuk membantu kemudahan itu dalam memastikan vaksin yang mencukupi dapat diagihkan kepada semua negara.

Malaysia terima 268,800 dos vaksin AstraZeneca malam tadi - Dr Adham Baba
Malaysia menerima 268,800 dos vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Vaksin COVID-19: Malaysia sertai COVAX untuk tunjukkan solidariti global - Khairy
Malaysia telah membuat keputusan untuk menyertai COVAX bagi menunjukkan solidariti global dan memastikan ekuiti vaksin untuk semua.

Malaysia salur 50,000 dos vaksin kepada Bosnia-Herzegovina - Mohd Redzuan
Malaysia akan menyalurkan 50,000 dos vaksin COVID-19 kepada Bosnia-Herzegovina yang tidak mendapat keutamaan memperoleh vaksin itu melalui fasiliti COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX).