WASHINGTON:Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengambil dos pertama vaksin pada Isnin dalam kempen membendung penularan COVID-19.
Program yang disiarkan secara langsung itu adalah sebahagian usaha pemimpin AS untuk meyakinkan rakyat tentang keselamatan vaksin.
“Kita terhutang budi kepada orang-orang ini - saintis dan mereka yang memastikan segalanya dapat berjalan, petugas barisan hadapan, mereka yang melakukan kerja klinikal - cukup mengagumkan.
"Saya harap anda dapat lihat situasi di hospital yang cukup sibuk dan mengagumkan kita semua.
“Ini hanya permulaan. Dahulu satu masalah untuk dapatkan vaksin dan kini Moderna akan dilancarkan. Namun begitu, ia akan mengambil masa.
"Saya berharap orang mendengar nasihat pakar termasuk Dr Fauci yang bercakap tentang keperluan memakai pelitup muka ketika cuti Krismas dan Tahun Baharu, menjaga penjarakan fizikal.
“Jika anda tidak perlu membuat perjalanan, jangan. Ini sangat penting kerana kita masih berada pada tahap kritikal,” kata Biden.
Lebih daripada 318,000 orang mati akibat COVID-19 di AS dan jumlah itu dijangka terus melonjak pada musim sejuk serta sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
AS memulakan kempen pemvaksinan secara besar-besaran dan pihak berkuasa berharap dapat mengimunisasi 20 juta orang bulan ini, dengan pekerja penjagaan kesihatan dan pesakit rawatan jangka panjang diberi keutamaan.
Pakar kesihatan negara itu menganggarkan lebih 70 peratus daripada penduduk AS perlu diberi vaksin untuk membendung pandemik.
Astro Awani
Mon Dec 21 2020

Biden berkata, langkahnya sebahagian usaha pemimpin AS untuk meyakinkan rakyat tentang keselamatan vaksin. - Reuters

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.
Kekejaman zionis: israel sekat makanan, bantuan, situasi gaza memburuk
Sekatan Israel terhadap kemasukan barangan ke Gaza memberi kesan buruk kepada penduduk Palestin, dengan beberapa kedai roti terpaksa ditutup dan harga makanan meningkat.
Inisiatif SMJ: Ekonomi biru bawa peluang besar untuk Sabah
Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat bertujuan meningkatkan pendapatan negeri dan memberi peluang kepada rakyat menyertai ekonomi biru.
Inisiatif SMJ: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Penduduk luar bandar yang berpindah ke bandar menghadapi masalah penempatan dan sewa yang tinggi, yang akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

China pertimbang kenakan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS sebagai tindak balas - Laporan
China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk pertanian dan makanan dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap rancangan Washington.

Pasaran hilang petunjuk? Lima strategi pelabur menghadapi ketidaktentuan
Sentimen global yang lemah, dasar perdagangan proteksionis, serta ketidak tentuan ekonomi menambah tekanan kepada pasaran.

Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.

Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,

Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.

Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.

AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.