BRITAIN mengumumkan penalti lebih tinggi terhadap individu yang ingkar arahan berkaitan sekatan pergerakan.
Tegas Setiausaha Dalam Negeri UK, Priti Patel, ini termasuk tindakan mengadakan majlis sosial ketika wabak yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan awam.
Tegasnya, mereka yang menghadiri parti sosial di rumah lebih daripada 15 individu akan dikenakan denda sebanyak 800 pound (RM4,400) mulai minggu hadapan.
"Hari ini saya mengumumkan bahawa pada minggu depan, kita akan memperkenalkan denda 800 paun (RM4,400) bagi mereka yang menghadiri parti di rumah, yang akan berlipat ganda untuk setiap kesalahan berulang sehingga tahap maksimum 6,400 paun (RM35,400).
“Denda ini akan dikenakan untuk mereka yang menghadiri perhimpunan haram lebih dari 15 orang di rumah. Tingkah laku tidak bertanggungjawab seperti itu menimbulkan ancaman bukan sahaja kepada yang hadir, tetapi kepada anggota polis yang yang terpaksa hadir untuk menyuraikannya,” tegasnya.
Tambah Patel, denda akan digandakan untuk setiap kesalahan berulang sehingga maksimum sebanyak 6,400 pound (RM35,400).
Sementara itu, Ketua Majlis Polis Nasional, Martin Hewitt berkata, polis tidak akan lagi berkompromi.
"Perhimpunan di mana orang-orang berada dalam jarak dekat satu sama lain di ruang tertutup akan membiarkan virus tersebar dan sesiapa yang menganjurkannya akan diberi notis hukuman tetap dan begitu juga mereka yang memilih untuk hadir.
“Ini mengenai isu menyelamatkan nyawa ketika kita melihat mereka yang membahayakan orang lain dan diri mereka sendiri, kita tidak akan membuang masa untuk berusaha berdebat dengan mereka, mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain bahkan diri sendiri, " katanya.
Britain merekodkan 1,290 kes kematian akibat COVID-19 pada Khamis.
Patel menyatakan, hampir lima juta individu telah divaksinasi di seluruh UK setakat ini.
Astro Awani
Fri Jan 22 2021
Tegas Patel, mereka yang menghadiri parti sosial di rumah lebih daripada 15 individu akan dikenakan denda sebanyak 800 pound (RM4,400) mulai minggu hadapan. - REUTERS
Polis siasat penemuan mayat bayi masih bertali pusat di Rawang
Mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang.
PM anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
'Deepfake' berunsur lucah dihasilkan AI bakal jadi kesalahan jenayah di Britain
'Deepfake' ialah video, gambar atau klip audio yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk kelihatan seperti benar.
Britain umum bantuan ketenteraan RM1.27 bilion ke Ukraine
Britain mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai 225 juta pound untuk Ukraine pada tahun depan, termasuk bantuan dron, bot, dan sistem pertahanan udara.
Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan
Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.