Seorang doktor di China maut ketika perang melawan COVID-19, pada Khamis.
Lebih menyedihkan, mangsa yang dikenali sebagai Peng Hua, 29 tahun, meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung.
Pada masa sama, beliau belum sempat melangsungkan majlis perkahwinannya yang sekian lama tertangguh.
Beliau dilaporkan mendapat cuti bagi melangsungkan majlis tersebut, yang tertangguh kerana mengikuti kursus kedoktoran, tetapi dek kerana tugasnya susulan penularan COVID-19, beliau tetap hadir bekerja.
Peng dan isterinya melangsungkan perkahwinan pada November 2017 dan sepatutnya mengadakan majlis perkahwinan mereka pada 1 Februari tahun ini.
Beliau yang merupakan seorang pakar pernafasan, dijangkiti COVID-19 ketika merawat pesakitnya di Hospital Daerah Jiangxia, dalam Wilayah Wuhan.
Beliau dimasukkan ke wad pada 25 Januari dan dipindahkan ke Hospital Jinyintan, Wuhan untuk mendapatkan rawatan pada 30 Januari.
Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 9.50 malam waktu tempatan di hospital berkenaan walaupun usaha telah dilakukan oleh semua pihak untuk menyelamatkannya.
Jumaat lalu, rakan Peng di hospital tempat beliau bertugas meratapi kematiannya.
Salah seorang rakan, Jiang Junxia berkata, Peng dikenali sebagai seorang yang jujur, optimis, bekerja keras dan sentiasa bersedia membantu dalam apa jua situasi.
"Kami berjanji selepas kami memenangi perang menentang COVID-19 ini, kami akan pergi ke majlis perkahwinannya untuk berkongsi kegembiraan," jelasnya.
Sementara itu, isterinya pula berkata, Peng bekerja 48 jam tanpa henti sejak COVID-19 kerana mahu membantu rakan sekerjanya.
Menurutnya, Peng merupakan satu-satunya doktor lelaki di jabatannya selain Pengarah.
Peng masih belum berkesempatan untuk menghantar kad undangan perkahwinannya yang masih tersimpan rapi di laci meja pejabatnya.
Pengarah di Jabatan Pernafasan, Chen Hao berkata, pada hari pertama Peng ditempatkan bertugas di wad isolasi, kesemua 130 pesakit dirawat oleh Peng dan beliau melakukan pemeriksaan setiap masa.
"Walaupun kami memakai sut perlindungan, kami masih bimbang akan risikonya. Peng pernah beritahu saya, sebagai seorang lelaki, dia cukup kuat untuk merawat lebih ramai pesakit," katanya.
Peng diberikan penghormatan dan diangkat sebagai wira dalam kalangan doktor yang berperang melawan COVID-19 di China.
Astro Awani
Sun Feb 23 2020
Peng dan isterinya melangsungkan perkahwinan pada November 2017 dan sepatutnya mengadakan majlis perkahwinan mereka pada 1 Februari tahun ini.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
COVID-19: Doktor maut, tinggalkan isteri mengandung, tak sempat buat majlis kahwin
Beliau dilaporkan mendapat cuti bagi melangsungkan majlis tersebut, yang tertangguh kerana mengikuti kursus kedoktoran, tetapi kerana tugasnya susulan penularan COVID-19, beliau tetap hadir bekerja.