RAKYAT Amerika Syarikat (AS) kemungkinan memerlukan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 untuk melengkapkan vaksinasi mereka, kata pakar penyakit berjangkit AS Dr Anthony Fauci.
Menurut Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS itu, keputusan muktamad bagaimanapun akan diumumkan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC).
Katanya pada satu taklimat White House pada Khamis, berdasarkan pengalamannya, beliau percaya dos ketiga vaksin COVID-19 atau suntikan penggalak amat diperlukan bagi memberi perlindungan dalam jangka masa panjang.
"Suntikan penggalak vaksin Pfizer diluluskan bagi individu berusia 60 tahun dan ke atas dan 1.1 juta daripada mereka yang layak telah menerima dos tersebut antara 40 Julai dan 22 Ogos.
"Dan, susulan itu, impak positif mula dilihat. 12 hari atau lebih selepas suntikan ketiga, terdapat sehingga 10 peratus atau lebih pengurangan risiko jangkitan dan komplikasi teruk.
Malah beliau berpendapat, dos ketiga bagi melengkapkan vaksinasi akan memberi implikasi besar kepada sekolah, sektor ekonomi dan entiti lain yang memerlukan mandat vaksinasi.
Pada mada sama, koordinator COVID-19 White House Jeff Zients turut menyatakan, kerajaan persekutuan akan menggesa rakyatnya mendapatkan suntikan penggalak seperti mana kempen vaksinasi bermula sebelum ini.
Astro Awani
Thu Sep 02 2021

Dr Anthony Fauci berkata, berdasarkan pengalamannya, beliau percaya dos ketiga vaksin COVID-19 amat diperlukan bagi memberi perlindungan dalam jangka masa panjang. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Anthony Fauci bersara Disember ini
Fauci akan bersara selepas lima dekad berkhidmat dalam perkhidmatan awam Amerika Syarikat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dr Anthony Fauci disahkan positif COVID-19
Dr Anthony Fauci, wajah di sebalik usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk menangani pandemik COVID-19, akhirnya kecundang selepas disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Wabak koronavirus masih belum berakhir - Fauci
Sekiranya virus terus mereplikasi di merata dunia, sentiasa ada ancaman varian baharu yang akan muncul.

COVID-19: AS terus gesa rakyat ambil dos penggalak
Ketika ini dos penggalak adalah pertahanan terbaik terhadap peningkatan kes varian Omicron.

COVID-19: Rakyat AS digesa ambil dos penggalak kekang penularan Omicron
Dr Anthony Fauci berkata ketika ini dos penggalak adalah pertahanan terbaik dalam menangani peningkatan kes varian Omicron.

COVID-19: Dos penggalak berkesan terhadap varian baharu
Data menunjukkan dos penggalak meningkatkan dengan ketara tahap antibodi terhadap varian-varian baharu virus itu.

COVID-19: AS sahkan kesan kes pertama varian Omicron
Kes berkenaan ditemukan pada pesakit yang telah lengkap vaksin serta mengunjungi Afrika Selatan pada 22 November lalu.

COVID-19: AS tiada kes jangkitan melibatkan varian Omicron
Varian Delta kekal mendominasi jangkitan COVID-19 di negara itu.

Mansuh mandat vaksinasi: Fauci kesal keputusan Gabenor Texas
Keputusan tersebut akan melumpuhkan sistem kesihatan awam memandangkan vaksinasi adalah perkara utama ketika ini.