Sebuah hospital di Seoul menggunakan fasiliti berbentuk “pondok telefon” bagi menjalankan pemeriksaan virus COVID-19.
Di Hospital Awam Yang Ji, beberapa pondok yang menyerupai pondok telefon dipasang di parkir kereta di mana orang yang bergejala boleh diuji untuk koronavirus berkenaan tanpa perlu bersentuhan dengan kakitangan perubatan.
Ia sekali gus meminimumkan kontak antara pesakit dan kakitangan perubatan.
Presiden Jabatan Onkologi dan Hematologi di Hospital Awam Yang Ji, Kim Sang-il berkata, pesakit hanya perlu masuk ke dalam pondok tersebut dan menjalankan pemeriksaan.
“Ia mudah. Pakar dan jururawat akan berdiri di luar pondok itu. Jadi, tiada kontak langsung antara pesakit dan kakitangan perubatan.
“Di dalam pondok tersebut, lampu UV akan beroperasi secara berterusan dan motor tekanan negatif yang kuat juga akan dipasang.
“Sejurus pesakit melakukan pemeriksaan virus, disinfeksi akan dilakukan ke atas pondok itu dan ia akan diudarakan bagi memberikan masa yang mencukupi sebelum pesakit seterusnya masuk ke pondok itu,” kata Sang-il.
Korea Selatan menyaksikan trend penurunan dalam kes jangkitan baharu, apabila pada Isnin hanya 74 kes dilaporkan dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,236, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.
Isabelle Leong
Mon Mar 16 2020
Di Hospital Awam Yang Ji, beberapa pondok yang menyerupai pondok telefon dipasang di parkir kereta di mana orang yang bergejala boleh diuji untuk koronavirus berkenaan tanpa perlu bersentuhan dengan kakitangan perubatan. - Twitter / @QuickTake
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini
Penutupan sehari diambil bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan, selepas memperoleh hasil keputusan ujian COVID-19 malam tadi.
Katil pesakit COVID-19 kategori 3, 4 ditambah di PKRC MAEPS
Bilangan katil untuk menampung pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat akan ditambah di Dewan A Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 MAEPS.
COVID-19: Selangor kekal tertinggi, ini lima perkara penting kenyataan KKM
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,552 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat dijalankan di lapangan.
COVID-19: Rakyat Malaysia berusia 43 antara 22 kes import di Singapura
Lelaki pemegang permit kerja itu tiba dari Malaysia dan bergejala.
COVID: Lelaki Malaysia antara tiga kes import baharu bergejala di Singapura
Dilabelkan sebagai Kes 59676, pemegang permit kerja itu tiba di sini dari negara asalnya.
COVID-19: Fasiliti hanya mampu bertahan dua bulan - Pengarah Kesihatan Kelantan
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Husin berkata, sejak akhir-akhir ini kes jangkitan baharu di Kelantan menunjukkan lonjakan melebihi angka 100 setiap hari.
COVID-19: Majikan perlu sedia pelan tindakan kecemasan dengan segera - Pakar
Prof Madya Shamsul Bahari Shamsudin berkata pelan tindakan tersebut perlu dilaksanakan dengan kadar segera dan perlu sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.
COVID-19: Hospital Korea Selatan guna fasiliti 'pondok telefon' jalankan pemeriksaan
Presiden Jabatan Onkologi dan Hematologi di Hospital Awam Yang Ji, Kim Sang-il berkata, pesakit hanya perlu masuk ke dalam pondok tersebut dan menjalankan pemeriksaan.