Jepun bakal mengisytiharkan darurat susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negara itu.
Menurut laporan akhbar tempatan, Yomiuri, Perdana Menterinya, Abe Shinzo akan mengumumkan keputusan pengisytiharan itu seawal-awalnya pada Selasa susulan bandar Tokyo kini mencatatkan lebih 1,000 kes jangkitan.
Difahamkan, pengisytiharan darurat itu tidak akan melibatkan perintah berkurung seperti di beberapa negara lain.
Sebaliknya, pendekatan itu bakal menyaksikan penguatkuasaan langkah-langkah ketat terhadap rakyatnya supaya tidak keluar dari rumah serta arahan penutupan perniagaan di beberapa zon yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Bagaimanapun, tiada sebarang denda akan dikenakan kepada rakyat yang ingkar kerana Jepun sentiasa menyaksikan kadar pematuhan arahan yang tinggi dalam situasi darurat, lapor Reuters.
Sebelum ini, Abe dilaporkan belum berhasrat untuk mengisytiharkan darurat atas faktor semasa terutama membabitkan penetapan tarikh baharu Olimpik Tokyo 2020.
BACA: COVID-19: Jepun belum berhasrat isytihar darurat, sedia tangguh Olimpik
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagaimanapun baru-baru ini bersepakat menetapkan tarikh baharu Olimpik Tokyo 2020 pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.
BACA: Tarikh baharu Olimpik Tokyo 23 Julai - 8 Ogos 2021
Jepun setakat Isnin mencatatkan lebih 3,500 kes jangkitan dengan 85 kematian akibat wabak COVID-19.
Agensi
Mon Apr 06 2020

Abe sebelum ini dilaporkan belum berhasrat untuk mengisytiharkan darurat atas faktor semasa. - Gambar Reuters.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Suga menang pemilihan Presiden LDP, selangkah lagi untuk menjadi PM Jepun
Seperti dijangka, Suga menewas seorang lagi calon, Shigeru Ishiba yang juga Menteri Pertahanan Jepun dalam pemilihan itu.

Jepun mungkin tawar suntikan vaksin COVID-19 percuma kepada semua penduduk
Kerajaan memberi jaminan bekalan vaksin untuk separuh pertama tahun 2021 adalah mencukupi untuk semua rakyat.

Ishiba dilihat calon terbaik ganti Shinzo Abe
Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba dilihat sebagai calon terbaik mengisi jawatan Perdana Menteri Jepun bagi menggantikan Abe Shinzo

Peletakan jawatan Abe Shinzo kehilangan buat dunia - MCW
Keputusan itu disifatkan sebagai satu kerugian bagi seluruh dunia dan Malaysia khususnya.

Semoga Abe Shinzo kembali pulih - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan doa agar kesihatan bekas Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo kembali pulih seperti sedia kala.

Abe Shinzo umum letak jawatan
Menurut Abe, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang menyebabkan beliau terpaksa berehat seketika pada 2007.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM Jepun beri jaminan dirinya dalam keadaan sihat
Abe pada masa sama memberitahu media tempatan, lawatannya ke hospital hanyalah bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

COVID-19: Lebih 10,000 jalani ujian antibodi di Jepun
Di Tokyo, demonstrasi diadakan pada Isnin bagi menjelaskan proses ujian antibodi, dengan 3,000 orang akan diuji.

Tokyo rancang buka semula sektor perniagaan secara berperingkat
Kes harian Tokyo perlu turun sehingga di bawah 20 kes sebelum sekatan dapat dikurangkan.