Seorang menteri di New Zealand menawar diri untuk meletak jawatan setelah mengaku melanggar perintah kawalan pergerakan ketika ia dikuatkuasakan di negara itu.
Menteri Kesihatan, Dr David Clark berkata demikian pada Selasa selepas mendedahkan beliau melakukan perjalanan sejauh 20 kilometer ke pantai bersama keluarganya.
Dr Clark mengaku perjalanan itu satu pelanggaran peraturan yang jelas di mana ahli keluarga perlu berada di dalam rumah.
Menyifatkan dirinya sebagai "bodoh" dengan tindakan itu, Clark mengaku sebagai Menteri Kesihatan, beliau sewajarnya menjadi contoh kepada seluruh warga New Zealand.
"Pada ketika kami meminta New Zealand untuk membuat pengorbanan, saya telah mengecewakan mereka.
"Saya bodoh dan saya faham mengapa orang akan marah dengan saya," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata dalam keadaan biasa, beliau akan memecat Dr Clark.
Namun, beliau memilih untuk menurunkan pangkat Dr Clark ke tahap terendah dalam ranking Kabinet dan menarik balik portfolio Kewangan Bersekutunya.
"Apa yang dilakukannya adalah salah, dan ia bukan alasan," katanya.
"Tetapi, sekarang, keutamaan saya adalah perjuangan kita terhadap COVID-19.
"Kita tidak boleh ada gangguan besar dalam sektor kesihatan atau dari segi tindak balas kita.
"Atas sebab itu, dan sebab itu semata-mata, Dr Clark akan mengekalkan peranannya," kata Ardern.
Astro Awani
Mon Apr 06 2020

Dr Clark tawar diri untuk meletak jawatan setelah mengaku melanggar perintah kawalan pergerakan ketika ia dikuatkuasakan di negara itu. -Facebook

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Konflik Laut China Selatan, salah guna AI antara usul Malaysia dalam Pemukiman ADMM - Khaled
Malaysia menegaskan keperluan untuk memastikan keselamatan maritim di rantau ini khususnya di Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik.

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah minta rasuah lebih RM150,000
Seorang bekas pegawai bank didakwa atas 26 pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM153,622.47 daripada sebuah firma guaman dari 2018 hingga 2023.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.
[TERKINI] Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.
Pengeluaran tidak penuhi permintaan antara cabaran utama
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh industri durian Malaysia dalam mengekalkan daya saing durian segar adalah pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
[TERKINI] Mahkamah: warga emas dituduh hina Agong
Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion - Duta
Tahun 2024 juga memaparkan pemulihan perdagangan dua hala bagi Malaysia dan Vietnam yang susut sebanyak 10.6 peratus pada 2023.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.