BANGKOK:Pandemik COVID-19 terbaru di Thailand telah merebak ke 45 daripada 77 wilayah dalam tempoh kurang dua minggu dan pihak berkuasa kesihatan awam memberi amaran jumlah kes harian boleh melonjak kepada lima digit menjelang pertengahan Januari.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata wabak terbaru di pasar makanan laut di wilayah Samut Sakhon sejak 18 Dis telah merebak ke 45 wilayah dengan lebih 1,300 kes direkodkan.
Beliau berkata kes harian boleh melonjak sehingga 18,000 menjelang pertengahan bulan depan sekiranya tiada langkah pencegahan diambil.
"Pelaksanaan langkah sederhana, bilangan kes harian baharu boleh mencecah 8,000 tetapi dengan langkah yang diperhebatkan, ia merekodkan 1,000 kes atau kurang. Bilangan kes baharu semakin meningkat... Kami akan kaji semula langkah yang dilaksanakan sekiranya situasi tidak terkawal," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Thailand mengesan sekurang-kurangnya tiga kluster sejak pertengahan Disember - penularannya dikaitkan dengan pasar makanan laut di wilayah barat daya Samut Sakhon, sarang perjudian haram di wilayah timur Rayong dan peminat superbike yang berkumpul di Pulau Lanta di wilayah selatan Krabi.
Thailand mencatatkan 155 kes baharu COVID-19 iaitu 134 penularan tempatan, 11 daripada pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon dan 10 kes import.
Setakat ini, Thailand merekodkan 6,440 kes dengan 61 kematian.
Dalam usaha membendung penularan COVID-19, semua pusat hiburan dan premis pertaruhan di Bangkok ditutup mulai Selasa (29 Dis) sehingga 4 Jan.
Pentadbiran Metropolitan Bangkok mengarahkan premis hiburan termasuk bar dan kelab malam ditutup manakala restoran dibenarkan beroperasi selagi tidak menghidangkan minuman beralkohol dan ditutup menjelang tengah malam.
Selain itu, trek lumba kuda dan arena sabung ayam ditutup sehingga 4 Jan.
Kabinet pada Selasa meluluskan peruntukan 11.3 bilion baht untuk memerangi penularan baharu itu termasuk 27.2 juta baht untuk pembelian peralatan dan kit saringan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020

Thailand mencatatkan 155 kes baharu COVID-19 iaitu 134 penularan tempatan, 11 daripada pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon dan 10 kes import. - Gambar fail
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.