MURID di Korea Selatan memulakan proses pembelajaran secara dalam talian pada Khamis di negara itu ekoran kebimbangan akibat jangkitan COVID-19.
Walaupun sekolah ditutup, guru-guru bagi tahun 3 dan tahun akhir sekolah menengah rendah dan menengah 'hadir' untuk mengikuti pelajaran secara maya.
Murid-murid berusia di antara 15 dan 18 tahun mengikuti pelajaran yang distrim secara langsung pada platform penstriman popular, antaranya Google Classroom dan Zoom, dari rumah.
Tahun akademik baharu itu yang sepatutnya bermula pada 2 Mac ditangguh selama sekurang-kurangnya lima minggu menyebabkan ribuan pelajar terpaksa berkurung di dalam rumah akibat bimbang dijangkiti, lapor The Straits Times.
Pembelajaran dalam talian merangkumi setiap fasa pendidikan formal itu berlangsung dengan lancar.
Semua sekolah rendah, menengah rendah dan menengah bakal menjalani persekolahan dalam talian ini selama dua minggu.
Guru-guru di Seoul Girls High School, misalnya, dilihat berdiri di dalam kelas yang kosong bermula jam 8 pagi, mengambil kedatangan pelajar dalam talian sebelum meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Namun, tidak semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Ada sekolah dilapor mengalami masalah awal merangkumi isu teknikal.
Menteri Pendidikan Yoo Eun-hae, dalam pada itu, menggesa pelajar, ibu bapa dan murid untuk bekerjasama bagi menjayakan pembelajaran dalam talian ini ketika negara dilanda musibah COVID-19.
"Kami percaya sekolah tidak sepatutnya berhenti mengajar murid walaupun dalam krisis," kata Yoo dalam satu kenyataan.
Sekolah dibenarkan memilih tiga mod pembelajaran dalam talian:
-- pembelajaran interaktif secara langsung melalui sidang video
-- pembelajaran berasaskan kandungan berdasarkan video yang diterbitkan sekolah
-- pembelajaran berasaskan tugasan di mana pelajar diberi projek atau laporan untuk disiapkan
Perdana Menteri Chung Sye-kyun dalam pada itu berjanji untuk memastikan proses pembelajaran dalam talian ini berjalan lancar.
"Kami akan lakukan yang terbaik untuk menstabilkan situasi supaya anak-anak kita dapat ke sekolah."
Astro Awani
Fri Apr 10 2020
Guru dan murid di Korea Selatan memulakan proses pembelajaran secara dalam talian pada Khamis ekoran kebimbangan akibat jangkitan COVID-19. -Reuters
Suara Rakyat: Aliran air bawah tanah, risiko jambatan runtuh
Laluan utama ke Kampung Paman dan Kampung Ibok, Kemaman ditutup sepenuhya selepas hakisan tanah menyebabkan lubang besar terbentuk di tengah laluan jambatan.
Suspek keenam pukul OKU direman tiga hari
Seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai terlibat dalam kes memukul lelaki OKU, ketidakupayaan mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Jumaat lalu ditahan reman tiga hari.
Bersekongkol dengan ‘scamer’ perdaya suri rumah
Tertuduh menjadi individu pertama di Perlis yang didakwa bersekongkol dengan sindiket penipuan atau scammer.
Lima pegawai bank direman, disyaki terima rasuah
Lima pegawai institusi perbankan telah diremean kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukan sebuah syarikat perunding kewangan.
Perintah reman selama lima hari sehingga 25 Januari 2025 terhadap empat suspek, dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an, manakala seorang lagi suspek lelaki yang berusia 30-an direman selama tiga hari sehingga 23 Januari 2025.
Perintah reman selama lima hari sehingga 25 Januari 2025 terhadap empat suspek, dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an, manakala seorang lagi suspek lelaki yang berusia 30-an direman selama tiga hari sehingga 23 Januari 2025.
SPRM beku 98 akaun syarikat, individi bernilai RM22 juta
Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membeku 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta berhubung sindiket pengubahan wang haram didalangi syarikat perunding kewangan.
Dalam satu sidang media khas di Putrajaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, seramai 21 individu sudah ditahan di bawah Op Sky bagi membantu siasatan, selain lapan pengarah dan kakitangan sebuah syarikat, 12 pegawai bank, dan seorang orang awam yang berperanan sebagai ejen.
Dalam satu sidang media khas di Putrajaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, seramai 21 individu sudah ditahan di bawah Op Sky bagi membantu siasatan, selain lapan pengarah dan kakitangan sebuah syarikat, 12 pegawai bank, dan seorang orang awam yang berperanan sebagai ejen.
AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki
Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dijangka akan dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Disember tahun lalu.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Disember tahun lalu.
Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.
AWANI Borneo [21/1/2025] - Ops DUN | Mudahkan pelancong ke pulau peranginan | Projek tebatan banjir
AWANI Borneo Selasa 21 Januari 2025 bersama NIckyson Nyambar
Ops DUN: SPRM serah kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
MOTAC Sabah sokong cadangan bina jeti pelancongan di Sandakan.
Projek tebatan banjir: Penduduk Kg Likas Lama harap beri lebih masa untuk berpindah.
Ops DUN: SPRM serah kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
MOTAC Sabah sokong cadangan bina jeti pelancongan di Sandakan.
Projek tebatan banjir: Penduduk Kg Likas Lama harap beri lebih masa untuk berpindah.
MOTAC Sabah sokong bina jeti pelancongan di Sandakan
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew menyambut baik cadangan mewujudkan jeti pelancongan di pusat bandar Sandakan bagi membantu menarik kedatangan para pelancong untuk menerokai keindahan pulau-pulau di sekitar daerah itu.
Pengusaha mahu jeti pelancongan di Sandakan
Pemain sekotr pelancongan di Sabah berharap jeti pelancongan dibina di daerah berkenaan bagi memudahkan pelancong dibawa ke pulau-pulau sekitar Sandakan
COVID-19: Ramai langgar peraturan kuarantin, Korea Selatan umum guna gelang elektrik
Perdana Menteri Chung Sye-kyun berkata langkah itu diambil berikutan kes melanggar arahan kuarantin semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini yang mencetuskan kebimbangan.
COVID-19: Murid Korea Selatan 'kembali ke sekolah' secara dalam talian
Walaupun sekolah ditutup, guru-guru bagi tahun 3 dan akhir sekolah menengah rendah dan menengah 'hadir' untuk mengikuti pelajaran secara maya.