SERAMAI 21 ahli sains China dan seorang pakar Britain yang bekerja di China telah berjaya membuktikan melalui penggunaan teori evolusi klasik bahawa virus COVID-19 bukanlah hasil buatan manusia sebaliknya ia berasal dari persekitaran semula jadi.
Perkara itu terkandung dalam artikel "On the origin of SARS-CoV-2-The blind watchmaker argument" yang diterbitkan dalam majalah akademik "SCIENCE CHINA: Life Sciences" versi bahasa Inggeris tajaan bersama Akademi Sains China dan Suruhanjaya Tabung Sains Alam Negara.
Penulis utama artikel tersebut, Prof. Wu Zhongyi dari Institut Sains Nyawa Universiti Sun Yat-sen, menyatakan terdapat satu pandangan yang sudah diterima secara meluas, iaitu evolusi spesies tidak bertujuan khas.
"Sebab spesies hanya mampu menyesuaikan diri dengan alam secara semula jadi ia tidak mungkin dapat "dihasilkan". Sebaliknya ia perlu beransur-ansur mengubahsuaikan diri bagi hidup dalam alam untuk suatu jangka masa lama, dan sering mengalami perubahan secara rawak,".
Prof. Wu berkata COVID-19 sebagai virus yang "sempurna" ia pasti hasil daripada evolusi alam kerana sehebat mana pun seseorang ahli sains itu belum tentu dapat "mencipta" suatu virus yang boleh menyesuaikan diri dengan manusia dalam keadaan sempurna.
Contohnya, pengusaha telefon bimbit paling berprestij dan berpengalaman tidak akan dapat menghasikan reka bentuk produk paling popular di dunia di peringkat awal.
Hakikatnya, produk yang "sempurna" hanya boleh muncul selepas melalui ujian pasaran dan penggunaan berulang kali.
Sesetengah hasil kajian secara tidak langsung telah membuktikan kebenaran pandangan tersebut. Sebenarnya tikus tidak terjangkit COVID-19, namun ahli sains mengambil langkah untuk mencari varian yang boleh menjangkiti tikus.
Namun, varian dipilih manusia ini tidak dapat mencetuskan penularan besar-besaran dalam kelompok tikus.
Sebelum ini, pasukan petugas Prof. Wu pernah mengeluarkan satu model evolusi COVID-19. Menurut model tersebut, tempat asal usul (PLO) COVID-19 dikenal pasti di kawasan terpencil yang kurang kegiatan manusia, COVID-19 dapat bersaing dengan virus lain dalam memilih perumah binatang yang berbeza.
Kemudian, secara kebetulan COVID-19 tersebar ke suatu kumpulan penduduk yang belum membentuk imuniti kelompok sehingga menjadikannya kumpulan pertama terjejas apabila wabak tercetus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021

Seramai 21 saintis membuktikan melalui penggunaan teori evolusi klasik bahawa virus COVID-19 bukanlah hasil buatan manusia. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.