SINGAPURA: Seorang wanita Malaysia yang bekerja sebagai pembantu pergigian adalah antara 11 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada Ahad di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
Dirujuk sebagai Kes 64347, wanita berusia 22 tahun itu menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 23 Mei, dan dos kedua pada 13 Jun, kata kementerian dalam data lengkapnya yang dikeluarkan malam tadi.
Menurut kementerian ketika bekerja wanita itu tidak menggunakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang lengkap, termasuk topeng N95, pelindung muka, gogel, gaun dan sarung tangan.
"Dia tidak menunjukkan simptom, dan dikesan ketika disaring untuk COVID-19 pada 19 Jun sebagai sebahagian daripada pemantauan komuniti kami untuk mereka yang bekerja di daerah Redhill Close," kata kementerian.
"Hasil ujiannya kembali positif untuk jangkitan COVID-19 pada hari yang sama. Keputusan ujian serologinya belum diperoleh, " kata kementerian.
Setakat tengah hari Ahad, republik itu melaporkan 62,414 kes COVID-19 dengan 37 kluster terbuka. Ketika ini terdapat 142 pesakit masih di hospital, dengan kebanyakannya stabil atau bertambah baik.
Namun, seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi dan lima yang lain memerlukan bantuan oksigen, kata kementerian itu.
Setakat ini, 34 meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat jangkitan COVID-19 di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
![COVID-19: Pembantu pergigian warga Malaysia antara 11 kes baharu di Singapura COVID-19: Pembantu pergigian warga Malaysia antara 11 kes baharu di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621413981_SingaporeMerlion.jpg)
Setakat tengah hari Ahad, republik itu melaporkan 62,414 kes COVID-19 dengan 37 kluster terbuka. - Foto fail
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
AI akan cipta pekerjaan baharu - PM India
Perdana Menteri India, Narendra Modi yakin teknologi baharu tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan sebaliknya percaya kecerdasan buatan (AI) akan mencipta pekerjaan baharu.
Kerajaan giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital
Kementerian Digital giat berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di rantau Asia Tenggara.
![Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19 Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738568909_JapanChinaOutbreak.jpg)
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
![50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam 50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737971305_tbFlorentinoBatista.jpg)
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
![Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000 Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737631215_IswardiMorni.jpg)
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024 Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736938209_tbKiyomizuderatemp.jpg)
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
![Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71696078328_facemasks.jpg)
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
![Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736766153_TBTUNOPENG.jpg)
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
![Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736510687_ECRLtajakepukbat.jpg)
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
![hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736126144_TBHMPV.jpg)
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
![Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736090224_JapanTunaAuction.jpg)
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.