LONDON:Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan pelaksanaan sekatan baharu di England yang akan dikuatkuasakan sehingga pertengahan Februari bagi mengekang penularan varian baharu COVID-19.
Dalam ucaptamanya, Johnson menggesa agar orang ramai perlu duduk di rumah seperti mana yang diarahkan pada gelombang pertama penularan pandemik itu Mac lalu.
"Dalam pemakluman saya hari ini, hospital-hospital kita ketika ini di bawah tekanan susulan peningkatan kes COVID-19 yang lebih tinggi berbanding pada awal permulaan pandemik itu.
"Di United Kingdom sahaja, jumlah pesakit COVID-19 di hospital meningkat sehingga hampir 27,000. Dan jumlah itu adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding penularan gelombang pertama pada April.
"Pada 29 Disember lalu, lebih 80,000 orang disahkan positif COVID-19 di seluruh England dan ia merupakan satu rekod baharu. Manakala jumlah kematian juga meningkat kepada 20 peratus sejak minggu lalu dan dijangka akan terus meningkat. Saya turut bersimpati buat mereka yang kehilangan orang tersayang," katanya dalam perutusan khas yang disiarkan pada Isnin malam waktu tempatan.
Di bawah peraturan sekatan baharu yang akan dikuatkuasakan serta merta itu, sekolah rendah, menengah dan kolej akan ditutup bagi sesi pembelajaran secara fizikal.
Manakala semua kedai yang tidak penting dan perkhidmatan penjagaan diri seperti kedai gunting rambut akan ditutup.
Restoran pula hanya dibenarkan beroperasi untuk makanan berbungkus.
Pada Isnin, 407 kes kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 75,431 sementara 26,626 kes baharu dicatatkan.
Agensi
Mon Jan 04 2021

Johnson menggesa agar orang ramai perlu duduk di rumah seperti mana yang diarahkan pada gelombang pertama penularan pandemik itu Mac lalu. - Foto AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PDRM siasat pengguna TikTok tawar RM5 juta bunuh PM
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Kerajaan salur RM80 juta minggu depan, segerakan pelaksanaan IDN - Anwar
Kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional, MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.

Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat
Polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.

PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.

Gaji graduan turut diberi perhatian dalam mesyuarat minggu hadapan - PM
Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan.

PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.

AUKU: KPT perhalusi fasal mengenai kebebasan dan autonomi pelajar - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Malaysia-Filipina: Prospek hubungan pendidikan dua negara boleh dikembangkan - Penganalisis
Prospek hubungan pendidikan di antara Malaysia dan Filipina boleh dikembangkan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari ke negara itu.

Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.

Bajet 2023 rangkumi kepentingan semua segmen masyarakat - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa Bajet 2023 dijangka merangkumi kepentingan semua lapisan masyarakat di negara ini.