BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mengarahkan Kementerian Kesihatan Awam dan agensi lain yang berkaitan untuk meningkatkan tahap persediaan berikutan kemungkinan wujud kluster COVID-19 selepas percutian Songkran.
Menurut jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana antara persediaan yang perlu dilakukan kementerian dan agensi ialah menyediakan lebih banyak katil dan pusat pengasingan komuniti.
"Orang ramai digesa memantau kesihatan mereka selama tujuh hingga 10 hari selepas pulang dari percutian Songkran.
"Sekiranya mempunyai gejala mereka mesti segera mendapatkan nasihat perubatan, dan menjalani ujian saringan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata Pejabat Keselamatan Kesihatan Negara (NHSO) juga telah menyediakan talian hotline 1330 COVID-19 untuk memenuhi peningkatan permintaan mendapatkan bantuan selepas Songkran.
Talian 1330 akan menyelaraskan permintaan dan pertanyaan pesakit COVID-19 serta pendaftaran untuk pengasingan rumah dan komuniti selain menyediakan pengangkutan ke hospital bergantung kepada gejala yang dialami.
Thailand melaporkan lebih empat juta kes COVID-19 dengan 18,892 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Sehingga kini jumlah kumulatif kes di seluruh negara sebanyak 4,012,184 kes sejak pandemik melanda Thailand pada Mac 2020.
Sementara itu, 125 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah korban setakat ini sebanyak 26,754 orang.
Kadar penggunaan katil hospital adalah 26.7 peratus setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022

Thailand tingkat tahap persediaan berikutan kemungkinan wujud kluster COVID-19 selepas percutian Songkran. - Gambar fail/REUTERS
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan
Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini.

PM Thailand arah tingkat keselamatan, buru penyerang
Sehingga kini kira-kira 7,000 orang terbunuh dalam konflik di empat wilayah di selatan Thailand yang bergolak yang terdiri daripada Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla.