Presiden Joko Widodo (Jokowi) turut menjalani pemeriksaan kesihatan berkaitan COVID-19, bersama seluruh jemaah menterinya, susulan seorang menteri Indonesia disahkan positif COVID-19.
Semalam, Menteri Perhubungan (Pengangkutan), Budi Karya Sumadi disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto di Jakarta.
Jokowi akan menjalani pemeriksaan itu petang ini.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19, Achmad Yurianto berkata 21 lagi kes baharu virus itu dikesan hari ini berbanding 96 kes semalam, menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 117 kes.
"Kes pesakit yang meninggal (setakat semalam) masih lima, lapan kes kembali sembuh," katanya di Istana Presiden, Jakarta hari ini.
Jokowi dalam satu sidang media, turut meminta rakyat negara itu tidak panik dalam menghadapi pandemik COVID-19.
"Saya meminta seluruh penduduk Indonesia tidak panik dan tetap produktif. Saatnya bekerja dari rumah, belajar dari rumah dan ibadah dari rumah," katanya.
Jokowi meminta agensi dan pihak berkaitan mengadakan segera polisi bagi membolehkan pelajar sekolah dan universiti belajar dari rumah, manakala penjawat awam tertentu dapat melaksanakantugas mereka di rumah, selain menghenti atau menangguhkan aktiviti atau program kemasyarakatan berskala besar.
Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam satu kenyataan semalam menyatakan peraturan ganjil genap (peraturan plat nombor kenderaan ganjil dan genap bagi menggunakan laluan tertentu di kota Jakarta) telah dikecualikan untuk tempoh dua minggu, bagi menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam.
Sebagai tindakan pencegahan penyebaran virus COVID-19, Anies turut mengumumkan sekolah dan pusat pelancongan di Jakarta ditutup selama dua minggu. - BERNAMA
BACA: Menteri Perhubungan Indonesia disahkan positif COVID-19
Bernama
Sun Mar 15 2020

Presiden Joko Widodo (Jokowi) menjalani pemeriksaan pada petang Ahad. - Gambar fail AFP
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Pesawat Sriwijaya Air disahkan terhempas - Menteri Perhubungan Indonesia
Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, hari ini.

COVID-19: Presiden Indonesia, jemaah menteri jalani pemeriksaan kesihatan
Presiden Joko Widodo (Jokowi) turut menjalani pemeriksaan kesihatan berkaitan COVID-19, bersama seluruh jemaah menterinya, susulan seorang menteri Indonesia disahkan positif COVID-19.

Menteri main muzik
Elek Yo Band dianggotai oleh tujuh menteri dalam kabinet Jokowi.