Singapura yang memasuki minggu keenam selepas pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosialnya, merekodkan 396 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini berjumlah 52,205 kes.
Dalam data ringkas yang dikeluarkan tengah hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan sebahagian besar kes adalah melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.
"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat tiga kes di dalam komuniti tersebut, yang semuanya adalah pemegang pas kerja," menurut kementerian itu.
Kementerian itu menyatakan terdapat tiga kes import, yang telah diberikan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di Singapura.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan semalam (Khamis, 30 Julai), Singapura mengklasifikasikan 696 kesnya sebagai import, 2,176 sebagai kes komuniti dan 48,937 sebagai penghuni asrama.
Setakat tengah hari semalam, 46,308 atau kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan keluar dari hospital atau pusat jagaan komuniti.
Terdapat 148 kes yang disahkan masih berada di hospital dan daripada jumlah itu, kebanyakannya stabil atau bertambah baik dan tiada kes di unit rawatan rapi.
Sebanyak 5,326 pesakit yang mempunyai gejala atau didapati sihat secara klinikal tetapi masih lagi positif dalam saringan COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di pusat penjagaan komuniti.
Setakat ini, 27 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di sini.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 31 2020
Dalam data lengkap yang dikeluarkan semalam (Khamis, 30 Julai), Singapura mengklasifikasikan 696 kesnya sebagai import, 2,176 sebagai kes komuniti dan 48,937 sebagai penghuni asrama. - Reuters
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.
Pukul bekas penyelia kerana tidak puas hati sering ditegur
Kejadian itu menyebabkan mangsa yang merupakan warga tempatan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang.
Asrama pekerja hangus terbakar
Kesemua mangsa telah menerima sumbangan kelengkapan daripada JKM dan jabatan-jabatan lain, dan ditempatkan di penempatan sementara.
Penduduk Taman Mekar Sari bantah cadangan bina asrama pekerja asing berhampiran perumahan
Penduduk 11 taman perumahan sekitar Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang membantah cadangan pembinaan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) berhampiran Taman Mekar Sari.
UMNO bantah projek asrama pekerja asing di Bertam
Pembinaan itu berikutan cadangan pembangunan Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir.
Singapura lapor lebih 2,000 kes baharu COVID-19, lima kematian pada 28 September
Kementerian Kesihatan Singapura memberitahu, 1,711 kes dikesan dalam komuniti, 515 di asrama pekerja migran dan 10 kes import.
Tiga warga asing ditahan bantu siasatan video tular gaduh di asrama pekerja
Polis menahan tiga lelaki warga asing, bagi membantu siasatan mengenai sebuah video tular kejadian pergaduhan.
COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.
COVID-19: Supermax gantung operasi kilang Meru selama tiga hari
Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu berkata ia mencatat kes pertama virus tersebut yang dipercayai berpunca daripada pihak pengangkut luaran.
Kilang pembuatan ais dikesan abai kemudahan penginapan pekerja
Aspek keselamatan penginapan pekerja warga asing diabaikan termasuk menjadikan ruang bawah tangki air sebagai tempat penginapan.