TEMPOH kuarantin akibat COVID-19 di United Kingdom yang dipendekkan daripada tujuh hari kepada lima hari dapat membantu meringankan beban terhadap pekerja di beberapa sektor utama.
Menurut Setiausaha Pendidikan UK Nadhim Zahawi, kerajaan mengambil keputusan tersebut berdasarkan kajian saintifik.
Ketika ini, mereka yang disahkan dijangkiti COVID-19 di negara itu hanya perlu menjalani tempoh tujuh hari kuarantin sekiranya mereka disahkan negatif pada hari keenam dan ketujuh.
"Saya pastinya akan berpegang kepada nasihat saintifik terhadap perkara ini.
"Ia akan banyak membantu proses mitigasi terhadap tekanan di sekolah, beberapa sektor kritikal dan lain-lain. Ia pastinya dilakukan berdasarkan nasihat daripada pakar," katanya.
Malah ada beberapa pihak menggesa agar tempoh kuarantin dipendekkan lagi, namun menurut Zahawi, pihak berkuasa kesihatan akan terus mengkaji perkara tersebut.
Di London pada Jumaat, 200 anggota tentera termasuk 40 paramedik digerakkan ke hospital bagi membantu beban petugas kesihatan susulan kekurangan tenaga kerja akibat dijangkiti COVID-19.
Untuk rekod, sejumlah 39,142 petugas Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dijangkiti COVID-19 setakat 2 Jan lepas dan menunjukkan peningkatan sehingga 59 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Astro Awani
Mon Jan 10 2022
Barisan ambulans anggota paramedik kelihatan di luar Hospital Royal London di kawasan Whitechapel, timur London, 6 Jan 2022. (Foto AP)
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
Calon PM UK: Rishi Sunak peroleh sokongan tertinggi
Sunak yang bertanggungjawab di atas pengunduran Johnson memperoleh 88 undian.
Dua menteri UK letak jawatan, Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan baharu
Johnson berdepan cabaran bagi mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri UK selepas dua menteri meletak jawatan secara mengejut.
COVID-19: Tempoh kuarantin di UK kini lima hari
Menurut Setiausaha Pendidikan United Kingdom, Nadhim Zahawi, kerajaan mengambil keputusan tersebut berdasarkan kajian saintifik.
COVID-19: UK tiada rancangan perkenal pasport vaksin
Menteri Vaksin COVID-19 United Kingdom, Nadhim Zahawi menegaskan, negara itu tidak akan mempertimbang pasport vaksin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Lebih 130,000 rakyat UK divaksinasi pada minggu pertama
Dianggarkan program vaksinasi termasuk pembuatan, pembelian dan pengedaran vaksin itu menelan belanja sehingga 12 bilion Euro.