Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha pada Rabu mengisytiharkan perintah darurat yang akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini sehingga 30 April dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 di negara itu.
Langkah-langkah lebih keras dikenakan bagi membendung penularan COVID-19 selepas negara itu mencatat sejumlah 934 kes dengan empat kematian setakat ini.
Bermula tengah malam ini, semua warga asing akan dilarang memasuki negara itu dari semua pintu masuk dengan pengecualian kepada diplomat, warga asing yang memiliki permit kerja dan mereka dalam sektor pengangkutan manakala rakyat Thailand dengan permit kedutaan dan sijil kesihatan akan turut dikecualikan daripada sekatan perjalanan tersebut.
Di bawah dekri darurat itu, semua pusat membeli-belah, pusat hiburan dan venue sukan yang menarik ramai pengunjung diarahkan tutup manakala pasar raya yang menjual makanan dan barangan harian, pasar yang menjual produk segar, farmasi dan kedai serbaneka akan tetap dibuka. Restoran serta kafe akan dibuka dan hanya menawarkan makanan untuk dibawa pulang serta perkhidmatan penghantaran.
Semua tarikan pelancongan, tapak keagamaan, muzium, perpustakaan dan taman rekreasi akan ditutup. Penganjuran semua perhimpunan besar-besaran juga dilarang.
Dekri itu menyatakan bahawa semua rakyat Thailand berusia di bawah lima tahun dan lebih 70 tahun serta mereka yang berdepan masalah kesihatan dinasihatkan agar duduk di rumah.
Tindakan akan diambil terhadap mereka yang membeli serta menyimpan barangan makanan dan keperluan secara berlebihan selain menyebarkan berita palsu. Perkhidmatan termasuk institusi kewangan, stesen minyak dan penghantaran akan terus beroperasi.
Perintah itu turut menasihati orang ramai agar mengelak melakukan perjalanan antara wilayah bagi mengekang penularan COVID-19 dan mereka akan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan jika boleh, kuarantin. Pada masa akan datang, pusat pemeriksaan akan diwujudkan.
Sementara itu, Prayuth menggesa orang ramai agar bekerjasama dan mematuhi semua langkah yang dikenakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negara tersebut.
Beliau berkata langkah-langkah ketat akan dikenakan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
"Mesyuarat dan taklimat harian akan diadakan. Saya akan mengumumkan perintah dan langkah-langkah bagi memastikan koordinasi dalam semua agensi serta kementerian atau saya akan meminta seorang pegawai untuk melaporkan perkembangan terkini kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang Wissanu Krea-ngam berkata perintah darurat itu akan berkuat kuasa hari ini sehingga 30 April dan Kabinet akan menimbang untuk melanjutkannya jika perlu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020

Langkah-langkah ketat akan dikenakan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. - Foto REUTERS

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.

Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.

Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.