BANGKOK: Tiga vaksin COVID-19 yang dibangunkan di Thailand, termasuk satu menggunakan RNA messenger (mRNA), dijangka tersedia menjelang tahun depan.
Menerusi Facebook kerajaan Thai Khu Fah, ketiga-tiga calon vaksin buatan tempatan itu telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Vaksin berkenaan ialah CU-Cov19 (mRNA), dibangunkan Universiti Chulalongkorn dan Universiti Pennsylvania, HXP-GPO Vac (tidak aktif) oleh Pertubuhan Parmaseutikal Kerajaan, Universiti Mahidol dan Program for Appropriate Technology in Health (PATH) Amerika Syarikat dan vaksin Institut and Baiya SARS-CoV-2 VAX1 (vaksin subunit berasaskan tumbuhan) dihasilkan Baiya Phytopharm Co., Ltd dan Universiti Chulalongkorn.
Sementara itu, Thailand pada Selasa menandatangani kontrak pemerolehan 20 juta lagi dos vaksin Pfizer-BioNTech.
Dalam satu kenyataan, Pfizer dan BioNTech berkata vaksin mRNA itu dijangka tiba pada suku keempat tahun ini.
"Kami amat gembira selepas menandatangani perjanjian penting ini dengan Kerajaan Thailand sebagai sebahagian komitmen bersama untuk terlibat dalam usaha negara ini membendung jangkitan COVID-19," kata Pengurus Pfizer (Thailand) Ltd. dan Indochina, Deborah Seifert.
Namun, hanya tiga vaksin digunakan di Thailand - Sinovac, Sinopharm (kedua-duanya vaksin virus tidak aktif) dan AstraZeneca (vaksin jenis vektor virus) - belum ada vaksin mRNA yang digunakan.
Pada Selasa, Thailand mencatat 11,305 kes baharu COVID-19 dan 80 kematian, menjadikan jumlah jangkitan sehingga kini sebanyak 426,475 dan korban seramai 3,502.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menyatakan kes baharu yang dilaporkan itu sebanyak 11,291 melibatkan penularan tempatan merangkumi 2,097 pengesanan kes aktif dan 595 banduan manakala 14 kes import.
Menurut CCSA, kes kematian terbaru pula terdiri 43 wanita dan 37 lelaki berusia antara 14 dan 94 tahun, termasuk dua warga Myanmar dan masing-masing seorang rakyat Laos dan Perancis.
Bangkok menduduki tempat teratas dengan jumlah terbaru kes jangkitan tertinggi iaitu 2,764 dan 41 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021
Tiga vaksin COVID-19 yang dibangunkan di Thailand, termasuk satu menggunakan RNA messenger (mRNA), dijangka tersedia menjelang tahun depan. -Gambar hiasan/BERNAMA
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Tanah seluas 18,730 km persegi yang membentang di sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar kini mempunyai 143 ekor harimau.
Gerakan belia Thailand mohon laksana dasar sifar rokok elektronik
Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun didpati menggunakan rokok elektronik setiap hari termasuk mempunyai akses mudah.
PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 100 bungkus pakaian terpakai seberat 20 tan dianggar bernilai RM1 juta yang cuba diseludup ke Thailand.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.
Kondominium Thailand, pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.