MANILA:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bekerjasama rapat dengan fasiliti COVAX untuk mempercepatkan pengeluaran vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan.
Pengarah WHO di Rantau Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai berkata, ia adalah bagi memastikan golongan berisiko tinggi di setiap negara mendapat akses kepada bekalan itu secara sama rata menjelang akhir tahun depan.
"WHO bekerjasama rapat dengan COVAX untuk membangunkan serta mengeluarkan vaksin yang selamat dan berkesan bagi memastikan keutamaan akses kepada semua golongan berisiko tinggi di seluruh negara menjelang akhir tahun 2021.
"Adalah penting saya maklumkan di sini bahawa kebanyakan negara di wilayah Pasifik Barat dijangka mendapat akses kepada vaksin selewat-lewatnya suku tahun kedua 2021," katanya dalam sidang media maya mengenai COVID-19 di Rantau Pasifik Barat di Manila, pada Khamis.
Walaupun begitu, Kasai berkata, penemuan vaksin kepada virus COVID-19 tidak boleh dianggap sebagai silver bullet yang disifatkan sebagai penyelesaian tuntas kepada cabaran pandemik.
Katanya, masyarakat dunia masih lagi perlu menerapkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian.
"Meskipun (penemuan vaksin ini) bagaikan sinar di hujung terowong namun ia tidak boleh dianggap sebagai penyelesaian tuntas kepada pandemik.
"Pembangunan vaksin yang efektif dan selamat digunakan adalah satu hal, satu lagi memastikan ia sampai kepada semua peringkat.
"Pada fasa pertama, ia akan diedarkan kepada golongan berisiko tinggi. Ini bermakna kita perlu mematuhi kelaziman baharu bukan sahaja untuk melindungi kita tetapi juga orang di sekeliling kita," katanya.
Umavathi Ramayah
Thu Dec 17 2020
Takeshi Kasai penemuan vaksin kepada virus COVID-19 tidak boleh dianggap sebagai 'silver bullet'. - Gambar hiasan/BERNAMA
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.