JAKARTA:Pemerintah Indonesia kini menjadikan hotel di Jakarta sebagai tempat kuarantin dan merawat pesakit COVID-19, berikutan peningkatan drastik jangkitan serta hospital di provinsi itu dilaporkan mula mencapai kapasiti penuh.
Ketua Bidang Kesihatan Masyarakat, Provinsi Jakarta, Fify Mulyani dalam siaran di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia berkata dua hotel iaitu Ibis Style di Mangga Dua, Jakarta Utara dan U Stay Hotel di Mangga Besar, Jakarta Barat, telah dijadikan tempat kuarantin dan rawatan kepada pesakit COVID-19 bermula semalam.
Tanpa menyatakan jumlah pesakit yang sedang dirawat, beliau berkata kedua-dua hotel itu boleh menampung 212 (Hotel Ibis) dan 140 pesakit (Hotel U Stay).
Sementara itu Ketua Persatuan Hotel dan Restoran Indonesia, Krisnadi dalam kenyataan berkata 30 hotel di Jakarta telah dikenal pasti untuk dijadikan hospital sementara bagi merawat dan tempat kuarantin pesakit COVID-19.
Pada 14 Sept lepas, Gabenor Jakarta Anies Baswedan menyatakan 67 hospital di Jakarta berada di tahap lebih 70 peratus penggunaan peralatan, katil serta kemudahan perubatan berikutan trend kes positif baharu di Jakarta secara puratanya hampir 1,000 kes setiap hari sejak akhir Ogos lepas.
Berdasarkan data yang disiarkan BNPB dalam laman Twitter rasminya @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 1,238 kes positif baharu dilaporkan di Provinsi Jakarta dalam tempoh 24 jam lepas.
Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes keseluruhan tertinggi di republik Indonesia iaitu 72,577 kes, dengan kematian keseluruhan 1,716 orang.
Berdasarkan data BNPB, Indonesia hari ini mencatatkan 4,002 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 282,724 kes.
Sebanyak 132,496 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan di seluruh Indonesia.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 128 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 10,601 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020
Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes keseluruhan tertinggi di republik Indonesia iaitu 72,577 kes, dengan kematian keseluruhan 1,716 orang. - Gambar fail/REUTERS
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan
Pada konsert itu nanti, beliau akan menampilkan sesuatu yang baharu serta istimewa dan pastinya tidak pernah dibawa sebelum ini.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Indonesia cadang pengurangan tarif perdagangan kepada AS
Inisiatif ini bertujuan sebagai langkah menghadapi dasar tarif import yang dijangka akan dilaksanakan oleh Trump.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.