WASHINGTON: White House sedang mempertimbang untuk mewajibkan pengunjung dari luar negara untuk divaksinasi sepenuhnya sebelum negara itu kembali membuka perjalanan antarabangsa.
Bagaimanapun, buat masa ini, sekatan perjalanan akan kekal berkuat kuasa.
Menurut koordinator COVID-19 White House, Jeff Zients beberapa agensi sedang merangka pelan mengenai keperluan vaksin yang diterima untuk warga asing.
"AS akan mengekalkan sekatan perjalanan yang ada pada ketika ini.
"Namun pelbagai agensi sedang membuat perancangan bilakah kita akan membuka perjalanan, bagaimana kita melakukannya dengan cara yang konsisten dan selamat.
"Sebahagian daripada rancangan itu ialah pendekatan bertahap yang mungkin dilakukan kepada warga asing yang datang ke AS.
"Masih ada beberapa polisi perlu dilakukan, mungkin memerlukan keperluan vaksin. Tetapi itu bukan keputusannya ketika ini. Itu antara langkah yang sedang diteliti," kata Zients.
AS melaksanakan sekatan perjalanan antarabangsa ke atas China pada Januari 2020.
Ia kemudian diperluaskan ke negara-negara lain bagi membendung wabak COVID-19.
White House sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan dan pihak lain mengenai bagaimana pelaksanaan dasar mewajibkan vaksin untuk warga asing.
White House juga perlu mempertimbangkan bukti sama ada AS akan menerima vaksin yang digunakan beberapa negara tetapi belum mendapat kelulusan FDA.
Astro Awani
Thu Aug 05 2021

Menurut Jeff Zients, beberapa agensi sedang merangka pelan mengenai keperluan vaksin yang diterima untuk warga asing. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

AS rancang sistem baharu untuk perjalanan antarabangsa
AS belum bercadang melonggarkan sekatan perjalanan buat masa ini disebabkan penularan varian Delta yang semakin meningkat.

COVID-19: AS pertimbang cadangan wajibkan pengunjung divaksinasi sepenuhnya
Menurut koordinator COVID-19 White House, Jeff Zients, beberapa agensi sedang merangka pelan mengenai keperluan vaksin yang diterima untuk warga asing.

COVID-19: AS diramal gagal capai sasaran vaksinasi menjelang 4 Julai
Pasukan petugas COVID-19 White House turut memberi amaran varian delta yang pertama kali dikesan di India menimbulkan ancaman besar dalam perang membasmi kes COVID-19.