SINGAPURA: Singapura akan terus mengambil pendekatan berhati-hati meskipun bakal melonggarkan dengan ketara kawalan perjalanan rentas sempadan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Menerusi perutusan khas ke seluruh Singapura pada Khamis, Hsien Loong menjelaskan pendekatan itu telah membantu republik itu menangani dengan baik pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
Hsien Loong menjelaskan langkah ini membolehkan rakyat Singapura kembali melancong sebagaimana sebelum COVID-19 menyerang seluruh dunia.
"Selepas langkah utama ini, kami akan memberikan sedikit masa untuk membolehkan keadaan stabil. Jika semuanya berjalan lancar, kami akan melonggarkan lagi kawalan," katanya.
Hsien Loong turut berkata Singapura akan membenarkan perhimpunan dalam kumpulan sehingga 10 orang dan memakai pelitup muka semasa berada di luar tidak lagi diwajibkan mulai 29 Mac nanti.
Singapura juga menaikkan had pekerja yang boleh bekerja dari rumah untuk kembali ke tempat kerja dan kapasiti bagi acara lebih besar kepada 75 peratus.
Namun di sebalik pengumuman yang mengembirakan warga Singapura itu, Hsien Loong menegaskan republik itu juga harus bersiap sedia dari segi psikologi bahawa keadaan boleh menjadi lebih rumit pada masa hadapan.
"Dengan lebih banyak interaksi, kita juga mungkin akan menyaksikan gelombang barhau kes jangkitan. Dan Omicron bukanlah varian terakhir yang kita perlu tangani. Virus ini akan terus berkembang.
"Kami harap jangkitan varian-varian baru akan menjadi lebih ringan secara progresif dan lebih menyerupai demam selesema. Tetapi mungkin juga, mutan-mutan yang lebih agresif dan berbahaya akan muncul, sama seperti Delta," kata Lee.
Jika itu berlaku, Singapura kata Hsien Loong mungkin perlu melangkah ke belakang dan mengetatkan semula langkah-langkah kawalan sekali lagi.
"Kita tidak boleh menolak kemungkinan ini akan berlaku, meskipun kita berharap langkah-langkah tersebut tidak perlu diambil.
"Walau apapun yang berlaku, kini kami mempunyai pengetahuan dan keupayaan untuk memastikan semua orang selamat," ujar beliau.
Beliau menjelaskan, sekiranya perkara itu berlaku, ia mungkin bermakna memberikan setiap orang satu lagi dos penggalak atau vaksin yang baharu.
Hsien Loong dalam ucapannya juga menggesa warga Singapura supaya memahami tujuan di sebalik pengumuman tersebut.
"Anda boleh menyambung semula kehidupan seperti biasa, menikmati masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam kumpulan yang lebih besar, keluar rumah tanpa memakai pelitup.
"Atau bertemu semula dengan orang-orang yang tersayang di luar negara. Tetapi jangan bersikap sambil lewa tanpa menghiraukan risikonya," katanya.
Beliau menggesa setiap orang supaya terus mematuhi langkah pengurusan jarak selamat yang telah disemak dan lakukan ujian kendiri jika mereka berasa kurang sihat, jika diuji positif, mereka harus asingkan diri di rumah.
Astro Awani
Thu Mar 24 2022

Namun disebalik pengumuman yang mengembirakan warga Singapura itu, Hsien Loong menegaskan republik itu juga harus bersiap sedia dari segi psikologi bahawa keadaan boleh menjadi lebih rumit pada masa hadapan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.