MODERNA mendakwa vaksin COVID-19 dibangunkannya mencatat keberkesanan sekitar 93 peratus sehingga enam bulan selepas dos kedua.
Data ini hampir sama dengan dapatan 94 peratus keberkesanan yang dilaporkan dalam ujian klinikalnya sebelum ini.
Walau bagaimanapun, syarikat itu mengakui suntikan penggalak atau booster masih diperlukan sebelum musim sejuk kerana tahap antibodi dijangka akan berkurangan.
Moderna dan Pfizer-BioNTech yang menghasilkan vaksin COVID-19 menggunakan teknologi mRNA telah membangunkan dos penggalak untuk mempertahankan tahap perlindungan tinggi daripada virus terutama ketika pelbagai varian sedang meluas.
Menurut Ketua Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, syarikat itu tidak akan dapat menghasilkan lebih daripada 800 juta hingga 1 bilion dos vaksin yang telah disasarkannya untuk tahun ini.
Katanya Moderna tidak akan lagi menerima tempahan vaksin kerana kapasiti pembuatan telah capai tahap maksimum.
Data terbaharu itu hasil daripada ujian klinikal melibatkan 30,000 peserta yang disuntik vaksin itu pada bulan Disember.
Ini dibandingkan dengan data daripada Pfizer dan BioNTech minggu lalu yang menunjukkan keberkesanan vaksin mereka berkurangan sekitar 6 peratus setiap dua bulan, menurun kepada sekitar 84 peratus enam bulan selepas suntikan kedua.
Dos Moderna mengandungi 100 mikrogram, sementara Pfizer mengandungi 30 mikrogram.
Data enam bulan juga menunjukkan bahawa vaksin Moderna masih memberikan perlindungan 98 peratus terhadap penyakit yang kritikal dan 100 peratus berkesan untuk mencegah kematian yang disebabkan oleh COVID-19.
Astro Awani
Thu Aug 05 2021

Moderna mendakwa vaksin COVID-19 dibangunkannya mencatat keberkesanan sekitar 93 peratus sehingga enam bulan selepas dos kedua. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Belgium akan musnahkan hampir 6 juta vaksin COVID-19 yang luput
Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.

Vaksin COVID-19: AS setuju cadangan dos penggalak kepada 12 tahun ke atas
CDC dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan.

Moderna saman Pfizer, BioNTech kerana tiru paten
Moderna mendakwa, kedua-dua syarikat itu meniru teknologi yang dihasilkannya sejak sekian lama sebelum pandemik bermula.

Britain negara pertama lulus vaksin sasar dua varian COVID-19
Agensi Kawal Selia Kesihatan dan Perubatan UK memaklumkan ia memberi lampu hijau untuk vaksin berkenaan yang akan digunakan sebagai dos penggalak dewasa.

COVID-19: Vaksin Pfizer, Moderna lulus untuk kanak-kanak 6 bulan ke 5 tahun
Dengan kelulusan ini, sekitar 18 juta kanak-kanak dalam kumpulan umur berkenaan layak untuk menerima vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 April 2022.

Moderna minta FDA luluskan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak bawah 6 tahun
Vaksin dua dos itu dilaporkan 51 peratus berkesan terhadap jangkitan varian Omicron pada bayi berumur enam bulan hingga dua tahun.

COVID-19: Britain lulus vaksin Moderna untuk kanak-kanak 6-11 tahun
Kelulusan diberikan selepas vaksin dikenali sebagai Spikevax itu memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diperlukan.

COVID-19: Moderna dakwa vaksin keluarannya berkesan terhadap bayi, kanak-kanak
Sekiranya pengawal selia Amerika Syarikat bersetuju, ia memberi peluang kepada pemberian vaksin kepada kanak-kanak menjelang musim panas.

Moderna rancang tubuh anak syarikat baharu di Malaysia
Syarikat bioteknologi yang merintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA), Moderna, Inc. hari ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan anak syarikat baharu di Malaysia, disertai tiga anak syari