SEBUAH kedai aiskrim di Jerman dilaporkan menvariasikan menunya dengan menawarkan aiskrim perisa cengkerik.
Memetik laporan AP, apa yang membuatkan aiskrim itu lebih ‘luar biasa’ adalah apabila seekor cengkerik kering diletakkan di atasnya.
Konfeksi unik ini dijual di kedai Thomas Micolino yang terletak di bandar Rottenburg am Neckar di selatan Jerman.
Di negara itu, Micolino pernah mencipta menu 'pelik' dan lari dari kebiasaan yang mana penduduk Jerman selalunya memilih perisa strawberi, coklat, pisang dan vanila.
Terdahulu, Micolino pernah menjual sosej hati dan aiskrim keju Gorgonzola termasuk aiskrim bersalut emas pada harga AS$4.25 (RM19) bagi setiap sudu.
"Saya seorang yang memiliki sifat sangat ingin tahu dan ingin mencuba segala-galanya.
"Saya pernah mencuba banyak makanan sebelum ini, termasuk banyak perkara pelik, dan cengkerik adalah sesuatu yang saya masih mahu cuba dalam bentuk aiskrim,” kata Thomas.
Tambahnya, penjualan aiskrim itu tidak menjadi masalah memandangkan peraturan Kesatuan Eropah (EU) membenarkan penggunaan serangga dalam makanan.
Di bawah akta ini, cengkerik boleh dibekukan, dikeringkan atau digunakan sebagai serbuk. EU sudah membenarkan belalang migrasi dan larva kumbang tepung sebagai bahan tambahan makanan.
Thomas menjelaskan, aiskrim Micolino diperbuat daripada tepung kriket, krim pekat, ekstrak vanila dan madu termasuk cengkerik kering. Ia mempunyai “rasa istimewa yang mengejutkan”.
Namun begitu, Thomas tidak menafikan wujud segelintir pihak yang tidak setuju malah kecewa atas penjualan aiskrim serangga namun ada pembeli yang ingin tahu menyukai rasa baharu itu.
“Mereka yang mencubanya sangat bersemangat. Saya mempunyai pelanggan yang datang ke sini setiap hari dan membeli satu sudu.” katanya.
Salah seorang pelanggannya, Konstantin Dick, memberikan ulasan positif dan memaklumkan aiskrim perisa cengkerik ini sangat lazat dan boleh dimakan.
Agensi
Wed Mar 08 2023

Micolino pernah mencipta menu 'pelik' dan lari dari kebiasaan penduduk Jerman yang selalunya memilih aiskrim perisa strawberi, coklat, pisang dan vanila.- Sumber foto AP Newsroom

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.

Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump
Presiden Ukraine menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine.

EU benarkan serbuk serangga lalui proses rawatan UV digunakan dalam makanan
Kebenaran baharu ini merangkumi rawatan UV yang bertujuan meningkatkan kandungan vitamin D dalam serbuk berkenaan.

Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.

EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.

EU janjikan bantuan berbilion euro kepada Jordan sebagai sokongan terhadap kestabilan politik, ekonomi
Bantuan berbilion euro daripada Kesatuan Eropah (EU) itu adalah sebahagian daripada perjanjian mengenai perkongsian strategik komprehensif baharu antara EU dan Jordan.

EU tolak dakwaan Presiden Trump mengenai defisit perdagangan AS
Suruhanjaya Eropah menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat mengalami defisit perdagangan sebanyak US$350 bilion dengan Kesatuan Eropah.

Malaysia, Belgium, EU sambut baik gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
PM Anwar berkata, semua pihak berasa lega apabila terdapat kesediaan Israel dan Hamas untuk mencari pendamaian.

Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.

2024 disahkan tahun paling panas
TAHUN 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.