PASTI anda pernah terbaca kisah doktor yang menemui pelbagai objek ketika membedah perut seseorang pesakit kan?
Kisah ini lebih dahsyat apabila seorang doktor di sebuah hospital kerajaan di Mandi, India menemui pelbagai objek dalam perut pesakitnya.
Kisah bermula apabila seorang pesakit berusia 35 tahun mendapatkan rawatan daripada salah seorang doktor di Hospital Shri Lal Bahadur Shastri akibat sakit perut.
Bagaimanapun selepas selesai imbasan x-ray, doktor yang merawat pesakit itu terkejut apabila paparan x-ray menunjukkan ada longgokan objek dalam perut lelaki itu.
Memetik laporan portal Times of India, pembedahan terpaksa dilakukan dan hasil pembedahan mendapati terdapat lapan sudu, dua berus gigi, dua pemutra skru kecil, satu pisau dan satu batang besi kecil dalam perut pesakit itu.
Proses pembedahan terpaksa menggunakan khidmat empat pakar perubatan dan mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan kesemua objek tersebut.
Menurut salah seorang doktor yang terlibat, Dr Suraj Bhardwaj, difahamkan pesakit ini mengalami gangguan psikiatri yang dikenali sebagai pica di mana ia membuatkan pesakit mahu makan makanan pelik seperti batu, sabun, rambut dan sebagainya.
Pesakit yang tidak didedahkan namanya ini kini dalam pemantauan doktor dan berada dalam keadaan stabil.
Agensi
Wed May 29 2019
Hasil pembedahan mendapati terdapat lapan sudu, dua berus gigi, dua pemutra skru kecil, satu pisau dan satu batang besi kecil dalam perut pesakit itu. Foto: Times of India
Harga Bitcoin melebihi AS$109,000 buat pertama kali dalam sejarah
Bitcoin direkodkan pada harga AS$107,646.76 di platform dagangan mata wang kripto terbesar, Binance, mencerminkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus untuk hari itu.
Agenda AWANI #WEF25: Krisis dunia | Bukan tiada solusi, manusia yang gagal mengurus?
Impak peperangan, perubahan iklim dan pelbagai lagi isu-isu global bukannya tidak boleh dicari solusinya tetapi manusia yang gagal mengurus? Diskusi 830mlm ini.
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU: Mangsa dalam keadaan stabil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
Wanita merana selepas doktor bedah bahagian salah
Seorang pakar bedah di South Carolina, Amerika Syarikat berdepan tindakan mahkamah selepas dilaporkan membuat pembedahan pada bahagian salah, seorang wanita Januari lepas.
Dahsyatnya! Doktor tekejut dalam perut pesakit ini ada..
Kisah ini lebih dahsyat apabila seorang doktor di sebuah hospital kerajaan di Mandi, India menemui pelbagai objek dalam perut pesakitnya.
Pakar bedah gila seks dihantar pulang ke Malaysia
Seorang pakar bedah kelahiran Malaysia di Sydney yang dipenjara kerana menyebabkan kematian dua pelacur akibat dadah, Dr Suresh Nair dihantar pulang ke negara ini.