WASHINGTON DC : Laporan risikan yang diterbitkan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi pada 2018, diarah oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman.
Berdasarkan laporan berkenaan, Putera Mohammed Salman didakwa meluluskan rancangan untuk menangkap atau membunuh Khashoggi yang hidup dalam buangan di AS.
Laporan berkenaan menyenaraikan tiga sebab mengapa AS percaya pembunuhan itu mendapat lampu hijau Putera Mahkota.
Pertama, Putera berkenaan mengawal hal membuat keputusan di Arab Saudi sejak 2017.
Kedua, penglibatan langsung penasihat serta anggota pelindungnya.
Ketiga, sokongan diberikan Putera Salman untuk menutup mulut mereka yang tidak sependapat.
Ini adalah kali pertama AS mengaitkan Putera Mahkota itu dengan pembunuhan Khashoggi secara langsung.
Khashoggi dibunuh ketika berada di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Turki.
Mayatnya yang dipercayai dikerat dan dibuang tidak ditemukan sehingga kini.
Mahkamah di Arab Saudi sebelum ini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas lima individu yang didakwa bertanggungjawab di atas pembunuhan Khashoggi.
Putera Mohammed Salman bagaimanapun menafikan terlibat dalam mengarahkan pembunuhan itu.
Khashoggi merupakan pengkritik lantang pentadbiran Arab Saudi.
Astro Awani
Fri Feb 26 2021

Laporan risikan AS mendakwa pembunuhan Jamal Khashoggi pada 2018 telah diarah Putera Mohammed Salman. -Gambar fail

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

Kes Khashoggi: Mahkamah AS ketepi saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi
Mahkamah persekutuan AS mengetepikan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman berhubung dakwaan terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Kes pembunuhan Khashoggi: Putera Arab Saudi ada imuniti - AS
Mohammed bin Salman ialah "ketua kerajaan" Arab Saudi dan beliau "kebal daripada saman ini" berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Putera Mahkota Arab Saudi anggap Israel bakal sekutu
Putera itu juga menyatakan beliau mahu bekerjasama dengan Iran.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi dibebaskan, berlaku 'kecelaruan' identiti
Seorang lelaki warga Arab Saudi yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi tiga tahun lalu, dibebaskan.

Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi
Bagaimanapun Riyadh dalam satu kenyataan memaklumkan penahanan adalah satu kesilapan identiti.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari in

Tunang Jamal Khashoggi desak Bieber batal konsert F1 di Arab Saudi
Tunang wartawan Jamal Khashoggi mendesak supaya penyanyi terkemuka Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Disember depan.

Konsert F1: Justin Bieber digesa batal persembahan di Arab Saudi
Persembahan Bieber adalah antara tumpuan dalam konsert pembukaan F1 meskipun penyanyi rap A$AP Rocky, Jason Derulo, David Guetta dan Tiesto juga bakal membuat persembahan.

Presiden AS umum pendirian terhadap Arab Saudi pada Isnin
Ia susulan pendedahan laporan risikannya yang mengaitkan putera mahkota negara itu dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.