BEKAS kolonel tentera Rwanda yang dituduh mendalangi pembunuhan 800,000 orang semasa pembunuhan beramai-ramai tahun 1994 telah meninggal dunia di penjara Mali.
Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai penjara di Mali, pada Sabtu.
Theoneste Bagosora menjalani hukuman penjara 35 tahun setelah didapati bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) ketika itu.
Hukumannya telah dikurangkan daripada hukuman penjara seumur hidup.
Kata pegawai pentadbiran penjara Mali yang enggan dikenali, Bagosora berusia lebih 80 tahun dan mengalami masalah kesihatan jantung dan sering dimasukkan ke hospital serta menjalani pembedahan.
Dia dilaporkan meninggal dunia di sebuah klinik tempatan.
Pendakwa raya menuduh Bagosora, ketika itu pengarah kabinet di Kementerian Pertahanan, mengambil alih urusan ketenteraan dan politik di negara Afrika tengah itu setelah Presiden Juvenal Habyarimana terbunuh ketika pesawatnya ditembak jatuh pada tahun 1994.
Tribunal yang berpusat di Tanzania menuduh Bagosora sebagai pengawal pasukan dan militan Interahamwe Hutu yang membunuh sekitar 800,000 orang Tutsis minoriti dan Hutus dalam 100 hari.
Jeneral Kanada Romeo Dallaire, ketua pasukan pengaman perdamaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semasa pembunuhan beramai-ramai itu, menggambarkan Bagosora sebagai "kingpin" di sebalik pembunuhan itu dan mengatakan bekas kolonel itu telah mengancam untuk membunuhnya.
Astro Awani
Sat Sep 25 2021

Tribunal yang berpusat di Tanzania menuduh Bagosora sebagai pengawal pasukan dan militan Interahamwe Hutu yang membunuh sekitar 800,000 orang Tutsis minoriti dan Hutus dalam 100 hari. - Foto fail/REUTERS

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Dalang pembunuhan 800,000 orang, Bagosora meninggal dunia
Theoneste Bagosora menjalani hukuman penjara 35 tahun setelah didapati bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.