LONDON: Para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti of Exeter, England ditawarkan dengan wang tunai sebanyak £10,000 pound (RM58,162) jika mereka menangguhkan kursus itu.
Menurut BBC, bukan sahaja wang tunai bahkan penginapan percuma juga ditawarkan kepada mereka jika bersetuju untuk menangguhkan pengajian selama setahun.
Ini adalah kerana bilangan pelajar yang memohon untuk belajar dalam bidang perubatan di universiti itu telah meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun ini.
Para pegawai mahu mereka menangguhkan pengajian sehingga ke tahun depan bagi memberi ruang kemasukan jumlah pelajar yang dibenarkan mengikuti kursus perubatan tersebut.
Melalui pemberian wang tunai itu dan jaminan akan mendapat tempat pengajian di universiti berkenaan pada tahun depan, insentif tersebut akan mempengaruhi mereka untuk membuat keputusan menangguhkan pengajian.
Timbalan Naib Canselor universiti tersebut, Profesor Mark Goodwin dilaporkan berkata, terdapat peningkatan yang signifikan bilangan pelajar yang meletakkan menara gading itu sebagai pilihan utama untuk mempelajari kursus perubatan.
Menurutnya, jumlah pelajar yang memasuki universiti itu ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan pihak pengurusan menara gading tersebut menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada mereka.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Dapat lebih RM58,000 jika tangguh belajar di universiti
Sinar Harian
Fri Jul 23 2021
Universiti of Exeter di England meminta pelajar yang mengikuti kursus perubatan tahun ini supaya menangguhkan pengajian mereka ke tahun depan. - Foto Universiti of Exeter
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
Dapat lebih RM58,000 jika tangguh belajar di universiti
Bukan sahaja wang tunai bahkan penginapan percuma juga ditawarkan kepada mereka jika bersetuju untuk menangguhkan pengajian selama setahun.