KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif TikTok membuat penampilan berprofil tinggi yang jarang berlaku di hadapan jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Secara dasarnya, Shou Zi Chew perlu meyakinkan jawatankuasa tersebut mengapa aplikasi perkongsian video yang sangat popular itu tidak seharusnya diharamkan di AS.
Proses pendengaran awam itu berlangsung selama lima jam.
Antara dapatan daripada sidang itu termasuk, kongres sudah mempunyai pendirian tersendiri berkaitan TikTok sebelum proses pendengaran itu bermula.
Kedua, TikTok menegaskan bahawa, mereka tidak ada beza dengan syarikat teknologi lain di AS.
Proses tersebut dilihat penting kepada syarikat yang kini mempunyai 150 juta pengguna AS itu, tetapi menerima tekanan yang meningkat apabila wujud kebimbangan terhadap keselamatan pengguna dan data aplikasi tersebut.
"Dua tahun lalu, saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif TikTok. Hari ini kita mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia termasuk 150 juta di AS.
"Aplikasi kami merupakan tempat untuk menjadi kreatif, di mana hampir empat juta perniagaan AS, terutama peniaga kecil, mencari pelanggan baharu dan mengembangkan perniagaan.
"Kini TikTok semakin meluas. Kami ambil pengajaran daripada syarikat-syarikat sebelum ini, terutama apabila ia melibatkan keselamatan remaja.
"Dalam pada majoriti pengguna TikTok berusia lebih 18 tahun dan demografi yang pantas meningkat berusia 35 tahun, kami mengambil banyak masa untuk melaksanakan pendekatan melindungi remaja.
"Kebanyakan pendekatan itu adalah yang pertama dilakukan oleh industri media sosial," kata Shou.
TikTok dan syarikat induknya ByteDance terlibat dalam 'perang geopolitik' antara Beijing dan Washington berkaitan perdagangan dan teknologi.
Shou, warga Singapura berusia 40 tahun, memberitahu jawatankuasa tersebut, syarikatnya kekal dengan pendirian bahawa keselamatan pengguna terutama golongan remaja sentiasa menjadi keutamaan.
"Kini TikTok tidak lagi di China. Ibu pejabat kami terletak di Los Angeles dan Singapura, di mana terdapat 7,000 pekerja di AS ketika ini.
"Namun, kami telah mendengar kebimbangan utama tentang potensi akses asing yang tidak diingini kepada data AS dan potensi manipulasi ekosistem TikTok AS.
"Pendekatan kami tidak pernah mengetepikan atau meremehkan mana-mana kebimbangan ini. Kami telah menanganinya dengan sewajarnya," katanya.
Malah, Shou dalam sesi tersebut turut menafikan dakwaan bahawa aplikasi itu berisiko kepada keselamatan negara.
Astro Awani
Fri Mar 24 2023

Reaksi Shou Zi Chew ketika memberi keterangan berhubung aplikasi TikTok pada sesi di hadapan jawatankuasa Kongres, di Capitol Hill, Washington, 23 Mac 2023. REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.