PARLIMEN Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
RUU itu bertujuan untuk menjadikannya satu kesalahan jenayah kerana perbuatan menghina atau memusnahkan barang keagamaan secara terbuka, menurut ringkasan di laman sesawang Parlimen.
Selepas bacaan pertama, RUU yang dicadangkan itu mesti dikaji oleh jawatankuasa dan kemudian dikemukakan untuk dua bacaan lanjut sebelum undian.
Individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.
Pada mulanya, RUU itu bakal diumumkan pada penghujung Ogos namun ia telah dipinda berikutan kritikan bahawa draf pertamanya mengehadkan kebebasan bersuara dan sukar untuk dikuatkuasakan.
Perundangan baharu itu akan dimasukkan dalam Bab 12 Kanun Keseksaan Denmark yang meliputi keselamatan negara. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Kes bakar al-Quran di Sweden antara yang mencetuskan kemarahan umat Islam. - Gambar fail/ FB Abiyamọ Plus
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Turkiye tegaskan negara Barat perlu hentikan penghinaan terhadap kitab suci
Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop ulas kejadian membakar al-Quran di Sweden, Denmark dan Belanda minggu lepas.